Ratchaburi FC Musnahkan Impian Kelantan Julang Piala Pertama

Kesilapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang tertepis bola ke gawang sendiri pada minit ke 88 memusnahkan impian The Red Warriors untuk menjulang Piala Super Cup Boost Super Fix apabila tewas 3-4 kepada Ratchaburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Kelantan yang memburu sekurang-kurangnya keputusan seri untuk merangkul kejuaraan menurunkan barisan terbaik melalui rangkaian penggempur dari Indonesia, Ferdinand Alferd Sinaga, Bruno Lopez dan Do Dong Hyun sambil menerima sokongan padu daripada 10 000 penyokong yang hadir.

Pada aksi menentang Ratchaburi FC, Kelantan yang ghairah memburu gol awal bagaimanapun dikejutkan jaringan pemain lawan, Kang Soo II yang bijak menewaskan Khairul Fahmi.

Menyedari gol penyamaan perlu dicari, Kelantan terus menggandakan serangan dari bahagian sayap kanan dan tengah melalui beberapa percubaan berbahaya dari Sinaga dan Lopes namun masih gagal menewaskan penjaga gol Ratchaburi.

Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila bekas penyerang import UiTM FC, Dong Hyun memanfaatkan peluang terhidang di dalam kotak penalti lawan dengan melepaskan rembatan kencang pada minit ke 20.

FOTO: Ratchaburi FC

Gol penyamaan tersebut nyata telah merubah tempo perlawanan dengan kedua-dua pasukan sering bersilih ganti melakukan serangan sehingga Ratchaburi memperolehi gol kedua.

Keputusan kekal 1-2 sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Skuad bimbingan Santish Bensoh mula melakukan serangan berbahaya selepas wisel perlawanan separuh masa kedua dibunyikan melalui Lopes namun percubaan pemain import dari Brazil itu sedikit tersasar.

Penyokong TRW sekali lagi dikejutkan dengan jaringan ketiga Ratchaburi apabila Chutipon Tongtae berjaya memperdayakan Khairul Fahmi dengan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke 54 untuk kedudukan 3-1.

Enggan berputus asa, TRW terus melancarkan serangan dan Lopes akhirnya berjaya menggegarkan gawang pelawat pada minit 75 untuk kembali menghangatkan permainan dan menggamatkkan suasana dalam stadium.

Selepas Lopes meledak gol kedua, selang tiga minit kemudian tiba giliran Sinaga untuk memahat nama selaku penjaring apabila mudah menolak masuk untuk menewaskan penjaga gol Ratchaburi.

FOTO: Ratchaburi FC

Ketika piala sudah berada dalam genggaman dan memasuki 90 minit masa perlawanan, kegagalan Khairul Fahmi menolak kemas bola hantaran dari pemain lawan memberi peluang buat pasukan lawan menjaringkan gol keempat perlawanan.

Kemenangan Ratchanburi FC ke atas Kelantan ini ‘membantu’ Persija Jakarta untuk merangkul gelaran kejuaraan Piala Super Cup Boost dengan perbezaan jaringan bolos memihak kepada wakil pasukan dari Indonesia ini.

Berdasarkan perkiraan, kesemua ketiga-tiga pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini meraih tiga mata namun perbezaan jumlah gol yang dilepaskan memihak Persija Jakarta apabila hanya melepaskan dua gol berbanding Kelantan (empat bolos) dan Ratchaburi FC dengan enam bolos.

Featured image credit: Ratchaburi Mitr Phol FC Official Facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN