Salah satu perkara yang menarik di dalam perlawanan ini adalah rekod Messi vs Buffon. Di mana bintang Argentina tersebut tidak pernah menjaringkan sebarang gol ke dalam gawang Buffon sebelum ini.
Namun dalam perlawanan awal pagi tadi, Messi 2 kali menewaskan Buffon. Kedua-dua gol dihasilkan dengan sangat cantik.
Juventus turun dengan reputasi finalis musim lalu dan mereka juga menewaskan Barcelona 3-0 dalam perlawanan suku akhir UCL musim lalu.
Namun awal pagi tadi, dominasi Barcelona terlalu unggul. Juventus kehilangan pertahanan terbaik mereka dalam perlawanan ini, De Sciglio yang cedera.
De Sciglio berkesan menuetralkan ancaman Jordi Alba yang bertenaga serta memiliki daya atletik yang tinggi.
Walaupun berjaya menguasai perlawanan, pada separuh masa pertama, Juventus lebih banyak melakukan percubaan gol menerusi serangan balas mereka.
Namun Messi memastikan tuan rumah masuk ke bilik persalinan separuh masa dengan senyuma apabila menewaskan Buffon pada minit ke-45. Satu permainan pertukaran hantaran yang berkesan di antara Messi dan Suarez.
Pada minit ke-52, Messi hampir menambah jaringan tetapi cubaan beliau terkena tiang gol dan hampir Buffon menjaringkan jaringan sendiri apabila bola tersebut melantun di belakang beliau.
Minit ke-57, Messi mencipta perluang gol dengan ‘cut back’ dari half-space kanan. Pertahanan Juventus kucar-kacir dan Rakitic melakukan cubaan jarak dekat.
Juventus hilang karakter dan disiplin di dalam perlawanan ini. Mereka akhirnya bolos lagi pada minit ke-69.
Serangan balas oleh Juventus, disudahkan oleh Lionel Messi dengan cubaan pada jarak yang hampir sama dengan jaringan pertama cuma ia lebih ke tengah.
Kemenangan ini meneruskan lagi rentak cemerlang Barcelona musim ini selepas menang 3 daripada 3 dalam liga domestik. Ianya ternyata bukan hari yang indah untuk Old Lady kali ini.