Drama Berterusan, Barcelona Kini Mahu Saman Neymar!

Nampaknya, drama belum lagi habis.

Barcelona mengambil tindakan drastik dalam isu mereka bersama-sama bekas pemain mereka iaitu Neymar dengan menyaman pemain tersebut.

Dalam kenyataan mereka itu, Barcelona mahukan Neymar untuk mengembalikan semula bonus yang dibayar oleh kelab tersebut sebanyak £7.8 juta.

Bonus tersebut merupakan bonus pemberian Barcelona selepas Neymar menandatangani kontrak baharu bersama-sama kelab tersebut pada tahun lalu.

Selain itu juga, Barcelona juga mahukan tambahan 10% bayaran diatas kelewatan pembayaran dilakukan.

“Barcelona mendesak agar bayaran semula dilakukan oleh Neymar atas alasan beliau tidak memenuhi kontraknya.”

Dalam masa yang sama, Barcelona juga meminta kerjasama oleh kepada pihak Paris Saint-Germain (PSG) untuk bertanggungjawab diatas perkara ini.

Mereka mahukan kelab Perancis itu untuk membayar apa yang dituntut Barcelona jika Neymar tidak mahu berikan kerjasama!

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

PSG dikatakan terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh Barcelona.

Bagi mereka, mereka amat menyesali akan tindakan Barcelona yang mahu melakukan tuntutan tersebut.

Kelab La Liga itu juga telah membuat keputusan untuk tidak membayar bonus kesetiaan yang sepatutnya dibayar kepada Neymar dengan jumlah sebanyak £23 juta.

Bagaimana perkara ini akan berakhir? Adakah Barcelona akan berjaya mendapatkan tuntutan mereka?

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Barcelona sue Neymar over world record transfer to Paris St-Germain; http://www.bbc.com/sport/football/41014149

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN