Pengurus OGC Nice Bengang Dengan Mario Balotelli Kerana Beraksi Teruk Menentang Napoli

Pengurus OGC Nice, Lucien Favre nyata berang dengan aksi penyerang beliau iaitu Mario Balotelli ketika aksi perlawanan kelayakan UEFA Champions League (UCL) tempoh hari.

Pemain itu beraksi cukup teruk ketika kekalahan kelab Perancis itu ditangan Napoli dalam percubaan mereka ke peringkat kumpulan UCL.

Dalam perlawanan yang dimenangi oleh Napoli dengan jaringan 2-0 itu, Balotteli juga dikatakan telah mempersoalkan keputusan pengadil selepas Napoli menjaringkan gol pertama mereka pada perlawanan tersebut.

Kerana kecewa dengan aksi penyerang itu yang bermain teruk, Favre kemudiannya mengeluarkan pemain itu pada minit ke-77.

Favre pada mulanya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai prestasi Balotelli selepas perlawanan.

Namun begitu, beliau kemudiannya menzahirkan kekecewaan beliau terhadap pemain tersebut dengan mengatakan beliau sepatutnya memasukkan pemain itu lebih awal.

“Saya tak nak cakap mengenai prestasi beliau.”

“Apa yang boleh saya katakan adalah beliau bermain dengan sungguh teruk, dan saya patut tukarkan beliau dengan pemain lain lebih awal.”

Favre turut berkata yang beliau menerima kekalahan pasukannya dan merasakan Nice lebih layak bermain di Europa League.

“Europa League merupakan tahap dan kejohanan yang sesuai buat Nice. Pastinya ia akan menjadi sukar buat kami.”

Napoli layak ke saingan UCL selepas menewaskan Nice 4-0 menerusi agregat.

Sumber:

  1. ESPN (2017): Nice coach Lucien Favre slams Mario Balotelli’s ‘negative performance’; http://www.espnfc.com/nice/story/3186423/nice-coach-lucien-favre-slams-mario-balotellis-negative-performance

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN