Barcelona Larang Ousmane Dembele Matikan Atau Senyapkan Telefon Pada Waktu Malam

Bukan lagi rahsia, Ousmane Dembele memang pemain yang ada masalah di luar padang. Ernesto Valverde tidak dapat menyembunyikan lagi isu tersebut dan memberitahu media beliau akan bertindak ke atasnya.

Dalam sidang media perlawanan menentang Spurs pada UCL sebelum ini, Valverde menegaskan Barcelona sentiasa cuba membantu mana-mana pemain. Beliau tidak menyebut nama Dembele secara terang namun memberitahu tahu ianya berkaitan dengan insiden Ahad lalu. Itu merujuk kepada kelewatan 2 jam Dembele ke pusat latihan.

Valverde menegaskan di Barcelona mereka tidak ada pilih kasih. Peraturan yang ada akan terpakai kepada semua pemain termasuk yang harga beratus juta sekalipun. Barcelona terpaksa menghantar petugas keselamatan ke rumah Dembele untuk memastikan pemain itu tidak ada apa-apa masalah.

Gerard Pique dan Luis Suarez antara pemain senior yang menegur isu disiplin melanda Dembele. Tidak lama selepas itu Michael Zorc – Presiden Borussia Dortmund – menegaskan masalah itu sudah berlaku sejak di Dortmund lagi.

Pada malam UCL menentang Spurs, Dembele menunjukkan kecemerlangan beliau sekali lagi dengan menjaringkan 1 gol. Dan kini beliau antara pemain yang sedang menikmati prestasi terbaik di Barcelona. Beliau membuatkan Coutinho kehilangan tempat dalam beberapa perlawanan.

BARCELONA, SPAIN – DECEMBER 11: (L-R) Christian Eriksen of Tottenham Hotspur, Ousmane Dembele of FC Barcelona during the UEFA Champions League match between FC Barcelona v Tottenham Hotspur at the Camp Nou on December 11, 2018 in Barcelona Spain (Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Valverde mengakui beliau gembira dengan perubahan positif pada permainan Dembele untuk merebut tempat dalam pasukan Barcelona. Dembele pada musim lalu bergelut dengan kecederaan yang membuatkan beliau kurang minit perlawanan.

Pada musim ini, beliau semakin menunjukkan keupayaannya dalam pasukan serba bintang di Barcelona. Walaubagaimanapun, Valverde risau masalah disiplin ini akan memberikan impak kepada ‘peak’ Dembele dalam bola sepak.

Berbeza dengan pandangan Lenglet yang berpendapat, selagi-lagi dia beraksi cemerlang di atas padang, selagi itu masalah luar padang tidak perlu dihebohkan. Ianya tidak begitu, Valverde menegaskan di Barcelona isu disiplin sangat penting. Oleh sebab itu Barcelona sentiasa terbuka dan cuba membantu pemain mereka.

Terbaru, dilaporkan Barcelona dalam misi untuk ‘merawat’ masalah disiplin Ousmane Dembele. Ini kerana Barcelona sayangkan bakat yang ada pada pemain itu dan gembira dengan kualiti yang beliau ada.

Valverde menyangkal dakwaan bahawa Dembele adalah budak nakal. Sebaliknya, beliau menyatakan: “Dembele adalah budak baik.”

Masalah utama Dembele adalah kehidupan malamnya. Beliau suka tidur lewat dan membuatkannya susah nak bangun pada keesokan harinya. Dembele ada ketagihan dengan permainan video dan gemar menonton siri televisyen sehingga awal pagi.

Beliau kemudiannya tidak suka beriteraksi dengan rakan sepasukan ataupun pengurusan melalui telefonnya apabila malam. Ini yang membuatkan beliau gagal dihubungi pada keesokan harinya kerana terlupa menghidupkan atau menukar semula mode telefon beliau.

Barcelona kini melarang Dembele menutup telefon ataupun meletakkannya dalam mode senyap pada malam. Walaupun ianya dianggap peraturan agak pelik, Barcelona berharap ia akan dapat membantu Dembele.

Peraturan itu diperketatkan kepada beliau dalam usaha kelab membantu beliau untuk tidur awal dan juga membangunkannya apabila beliau terlewat bangun. Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan Dembele dikenakan tindakan.

Sebelum ini Dembele didenda sekitar £90,000 kerana lewat datang ke pusat latihan.

Barcelona sangat berharap mereka akan dapat membantu pemain tersebut. Mereka tidak mahu bakat bernilai £135 juta itu diganggu oleh isu displin dan masalah di luar padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN