Masalah Kecederaan Barcelona Kritikal Bikin Luis Enrique Runsing

Enrique

Masalah kecederaan kritikal kem Barcelona pastinya meresahkan Luis Enrique dan penyokong-penyokong Barca.

Barcelona akan berhadapan dengan Juventus pada awal pagi esok waktu Malaysia dalam suku akhir ke-2 UCL.

Pada perlawanan pertama, gergasi Catalan itu ditewaskan 3-0 oleh Juventus. Mereka sudah melakukan segala persiapan yang terbaik untuk cuba bangkit sekali lagi.

Dilaporkan, Luis Enrique melakukan micro-analysis untuk perlawanan ini. Ia merujuk kepada analisis yang paling teliti kepada lawan dan juga pasukan beliau.

Namun berita yang kurang enak untuk Barcelona adalah masalah kecederaan kritikal yang melanda pasukan ini. Terbaru, Javier Mascherano dilaporkan berada dalam senarai kecederaan.

Buat masa ini, ada 7 pemain yang berada dalam senarai kecederaan ataupun bergelut untuk cergas. Mereka adalah:

  • Arda Turan
  • Gerard Pique
  • Sergio Busquets
  • Jeremy Mathieu
  • Javier Mascherano
  • Aleix Vidal
  • Rafinha

Ini bukan sahaja memeningkan Enrique untuk perlawanan menentang Juventus malah, selepas perlawanan ini mereka akan berhadapan dengan Real Madrid dalam el-clasico.

Dalam el-clasico selain masalah kecederaan, Barcelona akan kehilangan tonggak penting mereka, Neymar yang digantung perlawanan.

Tugas Barcelona pada awal pagi esok waktu Malaysia adalah untuk mencari 3 gol dan cuba mengelakkan dari dibolosi.

Mereka menjadikan kisah kebangkitan menentang PSG tempoh hari sebagai motivasi untuk diri mereka.

Namun pasukan yang mereka akan tentang adalah pasukan yang memiliki barisan pertahanan antara yang terbaik di dunia buat masa ini.

Baca juga: Portsmouth Menang Promosi League 1 Selepas Merasai 3 Penyingkiran Dalam 4 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN