Atletico Madrid telah mengesahkan pembelian Memphis Depay daripada Barcelona dengan yuran perpindahan sekitar €3 juta (RM13.9 juta).
Harga rendah tersebut disebabkan kontrak pemain berusia 28 tahun itu bersama kelab Catalan tersebut bakal tamat pada musim panas ini.
Penyerang Belanda tersebut telah menandatangani kontrak selama dua setangah tahun di Wanda Metropolitano.
Barcelona pula dalam kenyataannya mendedahkan urusan penjualan pemainnya itu turut melibatkan klausa untuk pembelian mandatori pemain sayap Atletico, Yannick Carrasco pada masa akan datang.
🚨 Barcelona have officially confirmed that they will have a non-mandatory buy option on Yannick Carrasco as part of Memphis Depay deal with Atlético. 🔵🔴 #FCB
There’s a clause around €20m for FCB to sign Carrasco — relationship with his agent Pini Zahavi is excellent. pic.twitter.com/DmUN236EVm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 20, 2023
Musim ini Depay hanya tampil empat kali sahaja untuk kelab Sepanyol berkenaan selepas bergelut dengan kecederaan peha.
Beliau menyertai Bercelona secara percuma pada musim panas 2021 selepas meninggalkan Lyon dan telah menjaringkan 14 gol daripada 42 perlawanan.
Kemasukan Depay pastinya untuk menampung pemergian Joao Felix yang dibenarkan untuk menyertai Chelsea secara pinjaman pada awal jendela perpindahan tempoh hari.