Barcelona Jaguh El Clasico, Tewaskan Real Madrid Sekali Lagi Di Estadio Santiago Bernabeu

Barcelona kini boleh mendabik dada sebagai jaguh El Clasico untuk musim 2018/19 – setelah merekodkan kemenangan ketiga dari empat pertemuan menentang Real Madrid pada musim ini.

Menajadikan ia lebih menarik, Barcelona menumpaskan seteru mereka itu sebanyak dua kali di dalam tempoh empat hari di gelanggang lawan.

Kelebihan di puncak liga

Kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Real Madrid bermakna gergasi Catalan itu kini mempunyai kelebihan 10 mata sebagai pendahulu di La Liga. Ia juga bermakna peluang Real untuk kembali mencuri kejuaraan pada musim ini semakin tipis.

Jaringan tunggal di Estadio Santiago Bernabeu diperolehi melalui Ivan Rakitic yang tenang menewaskan Thibaut Courtois- selepas pemain itu bertukar hantaran dengan Sergi Roberto yang mengelirukan barisan pertahanan Real Madrid pada minit ke-26 perlawanan

Real juga seharusnya mempersalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan peluang yang dimiliki menerusi Karim Benzema dan Raphael Varane pada babak akhir perlawanan. Namun sepanjang perlawanan, Real sebenarnya tampil mengecewakan.

MADRID, SPAIN – MARCH 02: Ivan Rakitic of Barcelona scores his sides first goal past Thibaut Courtois and Sergio Ramos of Real Madrid during the La Liga match between Real Madrid CF and FC Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on March 02, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Kekalahan ini mengekalkan Real Madrid di kedudukan ketiga, 12 mata di belakang Barcelona dengan baki 12 lagi perlawanan yang harus dilalui.

Atletico Madrid yang berada di tangga kedua pula akan mengurangkan defisit pendahuluan 10 mata yang dimiliki Barcelona kepada 7 mata sekiranya mampu menewaskan Real Sociedad pada malam ini.

Keyakinan di dalam skuad Barcelona semakin menyerlah dengan pemain meraikan kemenangan tersebut selepas tamat perlawanan.

2nd March 2019, Santiago Bernabeu, Madrid, Spain; La Liga football, Real Madrid versus FC Barcelona; Ivan Rakitic (FC Barcelona) celebrates his goal with Roberto which made it 0-1 (photo by Leonardo Prieto/Action Plus via Getty Images)

Barcelona gagah

Ia adalalah kemenangan ke-18 mereka pada musim ini dari 26 perlawanan liga, dan berada di landasan terbaik mempertahankan gelaran yang dimenangi dengan perbezaan 14 mata pada musim lalu.

Rabu lalu skuad bimbingan Ernesto Valverde turut mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Copa Del Rey setelah menewaskan Real Madrid di venue yang sama.

Barcelona membelasah Real Madrid 5-1 pada Oktober tahun lalu di Nou Camp yang menjurus kepada pemecatan Julen Lopetegui, sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 di perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey pada awal Februari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN