Barcelona dilaporkan sedia untuk berbelanja besar dengan wang hasil penjualan Neymar. Selain daripada dikaitkan dengan Coutinho, Barcelona juga dikaitkan dengan Eden Hazard Hazard.
Hazard dianggap pengganti yang paling tepat untuk Neymar memandangkan pemain tersebut juga bermain sebagai penyerang sayap kiri.
Antonio Conte tidak menafikan spekulasi tersebut. Namun beliau ada mesej keras kepada Barcelona. Conte memberitahu yang Eden Hazard bukan untuk dijual.
Dalam sidang media sempena perlawanan perisai komuniti, beliau memberitahu wartawan yang Chelsea bukan kelab penjual, mereka sebaliknya masih menjadi kelab pembeli dalam perpindahan kali ini. Conte berkata:
“Kami sedang cuba membeli beberapa pemain, dan bukannya untuk menjual pemain. Namun malangnya, jumlah pemain di pasaran perpindahan semakin bekurangan dan kami dalam masalah.”
“Saya ada memikirkan rumors ini dan saya ingin memberitahu bahawa, Eden Hazard sangat gembira untuk kekal bersama kami, bermain untuk Chelsea. Beliau sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan dan bersedia untuk memulakan musim dengan kami.”
“Bagi saya, amat penting untuk kelab mengetahui jumlah pemain yang kami perlukan. Namun saya tidak boleh mendedahkannya di sidang media, itu tidak betul.”
“Apa yang paling penting, kelab faham akan pandangan saya dan mereka mencuba terbaik untuk membantu pasukan dan skuad ini.”
“Buat masa ini, kami harus bersabar dan cuba untuk memperbaiki pasukan kami.”
Selain daripada Coutinho dan Hazard, Barcelona juga dikaitkan dengan bintang Monaco, Kylian Mbappe.
Sumber