Peminat PSG ‘Demam Neymar’, Bintang Sensasi Dipersembahkan Dalam Perlawanan Pembukaan

Neymar telah menjadi fenomena di PSG. Kota Paris yang terkenal dengan kota cinta itu semalam telah menjadi ‘gila’ dek kerana penangan Neymar.

Segalanya di bandar Paris adalah Neymar. Daripada beratur panjang untuk mendapatkan jersi keluaran pertama Neymar di kedai Nike berdekatan sehinggalah ke perbincangan di bar dan juga kedai kopi.

Dilaporkan 10,000 keluaran pertama jersi habis dijual yang membawa pulangan €1 juta.

Kami nak ingatkan, yang jualan jersi antara 10-15% sahaja hasil daripada keuntungan dibahagikan kepada kelab. Diharap anda tidak berkata ia €1 juta sudah masuk ke akaun PSG untuk membayar balik pembelian Neymar.

Neymar sendiri mendapat duit lebih banyak daripada pecahan kepada kelab hasil penjualan jersi kerana hak imej.

PSG memulakan kempen Ligue 1 menentang Amiens di hadapan penyokong mereka sendiri di Parc des Princes. Neymar disambut sebagai adiwira di hadapan puluhan ribu penyokong.

Neymar masuk ke tengah padang dan terus melambai mesra kepada penyokong. Beliau berjanji akan membantu kelab tersebut memenangi lebih banyak trofi selepas ini.

Bersaksikan puluhan ribu manusia di dalam Parc Des Princes Neymar berkata:

“Terima kasih! Saya sangat gembira, saya teruja dengan cabaran baru ini.”

Ianya disambut dengan banner Neymar dan jeritan sorakan, Neymar… Neymar, Neymar!

Neymar menyambung lagi:

“Saya mahu menang banyak trofi dengan anda semua dan saya perlukan sokongan anda untuk memenangi trofi.”

Dalam bahasa Perancis Neymar menyebut: “Paris adalah ‘magik’.” Neymar mengakhiri ucapan dengan menyebut motto kelab: “Ici, c’est Paris!” yang bermaksud, Di sini! Inilah Paris.

Neymar tidak dapat beraksi di dalam perlawanan tersebut kerana surat pendaftaran perpindahan beliau masih dalam proses.

PSG menang 2-0 di dalam perlawanan tersebut. Sebelum itu, Neymar bercakap kepada wartawan di dalam sidang media. Beliau ditanya tentang status twitter Pique dengan gambar beliau dengan kapsyen menyatakan Neymar kekal di Barcelona.

Neymar memberitahu:

“Saya sudah beritahu Pique jangan muat naik status itu, kerana saya masih belum membuat apa-apa keputusan. Namun saya anggap status itu mewakili niat peribadi beliau nakkan saya kekal dan saya hormatinya. Saya sayangkan awak Gerard (Pique)!”

Wartawan juga bertanya soalan sensasi, adakah wang menjadi faktor pendorong utama? Neymar menafikannya, beliau berkata:

“Orang yang berkata begitu tidak tahu apa-apa tentang tujuan saya bermain bola sepak. Saya ikut kata hati saya, beberapa kali hati saya mahu saya datang ke PSG.”

“Saya bukan datang ke sini kerana wang, saya mahu datang ke sini kerana trofi.”

Neymar juga menepis spekulasi yang menyatakan dia merasakan dirinya digerhanakan oleh Lionel Messi. Neymar memberitahu, dia tidak pernah terfikir soal itu ketika di Barcelona. Sebaliknya Neymar datang ke PSG untuk cabaran baru di dalam hidupnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN