Sumber daripada 90min melaporkan Barcelona telah membenarkan Ansu Fati untuk meninggalkan kelab Sepanyol berkenaan sebagai salah satu langkah untuk memuktamadkan kepulangan Lionel Messi.
Messi kini semakin hangat dikaitkan dengan kelab Catalan tersebut selepas meninggalkan Nou Camp bagi menyertai Paris Saint-Germain pada 2021.
Namun Barcelona bergelut dengan peraturan kewangan atau kawalan ekonomi (ECP) La Liga yang sangat ketat yang tidak membenarkan pasukan berbelanja melebihi pendapatan.
Fati pernah diberi jolokan ‘Lionel Messi baharu’ di atas bakat luar biasa yang dimiliknya. Malah dua tahun lalu beliau telah diamanahkan dengan jersi nombor 10 yang merupakan milik legenda kelab tersebut.
Beliau muncul sebagai pemain kedua paling muda membuat penampilan untuk Barcelona pada usia 16 tahun, paling muda memulakan perlawanan dalam sejarah kelab, seterusnya pemain paling muda mencetak gol dan menyumbang bantuan jaringan dalam La Liga.
Namun musim ini, pemain berusia 20 tahun itu hanya memulakan 11 perlawanan sebagai kesebelasan utama daripada 31 perlawanan La Liga musim ini di bawah kendalian Xavi.
Ejennya, Jorge Mendes difahamkan sedang mengusahakan pertukaran dengan Wolverhampton Wanderers melibatkan pemain tengah Ruben Neves.
🚨 Wolves are willing to offer Barcelona Ruben Neves + €30M for Ansu Fati.
(Source: @sport) pic.twitter.com/fNzxD82Dpo
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 5, 2023
Bagaimanapun Barcelona lebih berminat untuk mendapatkan Ilkay Gundogan yang boleh didapatkan secara percuma pada musmi panas ini.
Akan tetapi dengan reputasi yang dimiliki oleh Fati, tentunya tidak sukar untuk Fati menarik minat kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain seperti Manchester United, Arsenal atau Manchester City kerana beliau juga pasti mahu beraksi di Eropah.