Sukan SEA: Mental ‘Koyak’ Jadi Punca Malaysia Tewas Di Tangan Vietnam

Malaysia B-22 secara rasminya menjadi antara negara yang tersingkir awal dalam saingan Sukan SEA bagi acara bola sepak, selepas pasukan tersebut tewas kali kedua di peringkat Kumpulan B.

Walaupun memulakan kempen dengan kemenangan besar mengatasi Laos pada perlawanan pertama, konsistensi tersebut gagal dipertahankan sejak aksi bertemu Thailand.

Hasrat skuad kendalian E. Elavarasan untuk sekurangnya melepas peringkat kumpulan tidak berhasil dengan kali ini Vietnam menjadi penghalang Malaysia menerusi keputusan penuh 1-2.

Pada perlawanan tersebut, tidak banyak perubahan positif ditampilkan oleh skuad negara walaupun sebelum itu mendapat sokongan moral daripada pengendali pasukan senior, Kim Pan-gon.

Dua jaringan Vietnam terhasil menerusi penyerang mereka iaitu Nguyen Van Tung, selain satu gol tunggal negara disumbangkan oleh Aiman Afif pada separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, ada siri kebangkitan cuba dilakar Malaysia menerusi beberapa percubaan dibuat untuk sekurangnya mendapat keputusan seri.

Namun, tiada sebarang gol dapat diraih skuad negara selain hanya dua layangan kad merah kontroversi yang menyaksikan Malaysia bermain dengan sembilan pemain sahaja di penghujung separuh masa kedua.

Apa lebih mengecewakan, pastinya terarah kepada mentaliti para pemain muda Malaysia yang jelas dapat dilihat sepanjang perlawanan berlangsung ketika berhadapan Vietnam.

Kegagalan untuk mengawal emosi menyebabkan banyak kekasaran dibuat oleh pasukan negara kepada lawan yang tidak sepatutnya sehingga mendapat layangan kad kuning sia-sia.

Safwan Mazlan dan Najmudin Akmal menjadi mangsa layangan kad merah semalam, dan keduanya gagal untuk mengawal emosi dengan lebih baik ketika diberi tekanan oleh lawan menerusi perang psikologi.

Lebih mendukacitakan, Safwan sebenarnya masih baharu lagi dibawa masuk untuk membantu serangan negara tampil lebih baik bagi mendapatkan gol.

Namun kerana kesilapan dibuat beliau menyaksikan pemain ini terpaksa keluar semula dari padang perlawanan atas layangan kad merah oleh pengadil bertugas.

Selain isu mental dan emosi, secara keseluruhan aksi dipamerkan oleh pemain muda negara ini juga masih lagi lemah daripada sudut kreativiti serta disiplin ketika bertahan.

Apapun, Malaysia masih lagi mempunyai satu baki perlawanan dalam peringkat Kumpulan B iaitu menentang Singapura untuk sekurangnya kembali mencatat kemenangan serta mengembalikan keyakinan penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN