Barcelona Disiasat Atas Pertuduhan Membayar Pengadil

Pendakwa raya umum di Sepanyol bertekad mahu meneruskan kes rasuah melibatkan kelab bola sepak, Barcelona dengan gergasi Catalan itu bakal berdepan hukuman berat jika disabit kesalahan.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, El Pais, pendakwa raya akan menfailkan saman ke atas gergasi Catalan itu bersama bekas presiden kelab, Josep Maria Bartomeu atas kesalahan kerana membayar bekas pengadil, Jose Maria Enriquez Negreira.

Laporan sama mendakwa yang Barcelona membayar Negreira dengan nilai £1.2 juta selama tempoh dua tahun dari 2016 hingga 2018 dengan tujuan melantik beliau sebagai penasihat berkait urusan pengadilan.

Negreira sendiri pada ketika itu masih bertugas sebagai timbalan presiden untuk Spanish Football Referees Committee dan jelas sekali menjadi satu kesalahan untuk beliau bekerjasama dengan Barcelona.

Tidak ada mana-mana pegawai dari Committee tersebut yang dibenarkan untuk bekerja atau menjadi penasihat kepada mana-mana kelab di Sepanyol terutama melibatkan urusan pengadilan.

El Mundo turut melaporkan yang Barcelona sebenarnya sudah mula membayar Negreira sejak dari 2001 lagi dengan jumlah keseluruhan adalah bernilai €6.6 juta.

Chief La Liga, Javier Tebas dan ramai lagi pihak sebelum ini menegaskan yang Barcelona akan terselamat dari segala hukuman melibatkan hal tersebut kerana status pengehadan telah berlalu.

Presiden Barcelona, Joan Laporta turut ditanya tentang hal tersebut baru-baru ini dengan beliau menyatakan bahawa:

“Barca tak pernah membeli pengadil dan Barca tak pernah ada niat langsung untuk membeli pengadil.”

“Jelas sekali tak pernah, kekukuhan fakta sangat bercanggah dari apa yang cuba direka-reka oleh mereka.”

Laporta kemudiannya menegaskan yang beliau akan mengadakan sidang media dalam tempoh beberapa hari lagi untuk menjelaskan secara terperinci tentang hal tersebut.

Selain berita yang mendukacitakan itu, Barca tidak dinafikan lagi sedang melalui musim yang sangat cemerlang di bawah kendalian Xavi pada musim ini.

Barcelona pada ketika ini sedang mendahului carta saingan La Liga dengan skuad kendalian Xavi itu dianggap sebagai calon kegemaran untuk bergelar juara.

Walau mereka cemerlang di pentas saingan domestik, namun Barca gagal untuk melakukan hal sama di pentas bola sepak Eropah selepas mereka disingkirkan oleh Man United dari saingan Europa League.

Pihak kelab berpotensi untuk berdepan hukuman melibatkan FFP selepas mereka menandatangani bintang seperti Robert Lewandowski, Raphinha dan lima lagi pemain lain pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN