Barcelona seperti yang kita tahu mempunyai misi yang cukup besar pada jendela perpindahan ini.
Mereka mahu mencari 2 pemain yang bakal menggantikan pemain tengah berpengalaman iaitu Andres Iniesta dan juga bintang Brazil Neymar yang menyertai Paris Saint-Germain.
Beberapa nama sering dikaitkan dengan nama seperti Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini.
Barcelona nyata mahukan khidmat Countiho, tetapi Liverpool jelas dengan nada tegas tidak mahukan pemain Brazil itu berpindah ke mana-mana kelab pada waktu ini.
Dengan kemungkinan pembelian Coutinho tidak mampu direalisasikan, Barcelona mula mengalihkan fokus mereka kepada perancang Tottenham Hotspur – Christian Eriksen.
Menurut sumber di England, Barcelona dikatakan sudah bersedia untuk melamar Eriksen sebagai pemain baharu mereka walaupun mereka berhadapan dengan situasi sukar.
Hal ini kerana, Daniel Levy amat teliti ketika meletakkan harga untuk setiap pemain di kelabnya. Jika Danny Rose pun dijual dengan harga £50 juta, berapa pula harga yang dikenakan Levy untuk Eriksen?
Barisan kejurulatihan Barcelona merasakan Eriksen merupakan satu lagi calon yang sesuai untuk menggantikan Iniesta walaupun mereka masih mahukan Coutinho.
Apa kesudahan bagi perkara ini? Adakah Barcelona akan dapat apa yang mereka mahu dari jendela perpindahan kali ini?
Atau adakah Liverpool, Tottenham Hotspur atau juga Borussia Dortmund akan berjaya menyimpan para pemain mereka?
Sumber:
- Independent (2017): Barcelona set sights on Tottenham’s Christian Eriksen as Liverpool refuse to sell Philippe Coutinho; http://www.independent.co.uk/sport/football/transfers/barcelona-transfer-news-christian-eriksen-tottenham-hotspur-liverpool-philippe-coutinho-a7887791.html?amp