Previu EPL: Chelsea Turun Pertahan Kejuaraan, Debut Kedua Rooney, Skuad Termahal City!

Satu perlawanan EPL 2017/18 berlangsung semalam, dengan Arsenal dan Leicester beraksi dalam perlawanan yang menghasilkan 7 gol. Ini adalah musim kedua berturut-turut Arsenal terlibat dalam perlawanan pembukaan ‘thriller’ 7 gol. Kali ini mereka menang 4-3.

Liverpool bertemu Watford dengan isu Coutinho

Liverpool akan berkunjung ke Watford tanpa beberapa tonggak mereka. Phillipe Coutinho masih belum cergas. Klopp pastinya lega kerana Sadio Mane sudah pulih.

Masa depan Coutinho menjadi subjek utama minggu ini, selepas pemain itu menghantar permohonan pindah secara rasmi. Klopp bercakap kepada ESPN, beliau tidak mahu melepaskan Coutinho ke Barca kerana masa yang tidak sesuai.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Saya sudah menjual banyak pemain, sama ada dengan klausa perpindahan atau tidak. Paling perit, melepaskan Lewandowski secara percuma ke Bayern.”

Klopp menggariskan masa terlalu singkat untuk mereka mencari pengganti.

Namun Watford bukan lawan mudah buat Liverpool, kerana The Reds kerap bermasalah dalam perlawanan seperti ini sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Guardiola dan City dengan skuad termahal musim ini

Pep Guardiola akan menguji pendatang baru Brighton. Guardiola adalah pengurus berbelanja paling besar dalam perpindahan kali ini.

Di barisan serangan, City tidak membuat sebarang pembelian signifikan. Mereka sudah mempunyai Gabriel Jesus dan juga Aguero untuk merebut slot pasukan utama.

Kyle Walker, Bernardo Silva, Moraes, Mendy antara nama yang berpotensi mendapat debut untuk City pada malam ini.

Debut kedua Rooney untuk Everton

Ronald Koeman juga turut berbelanja besar kali ini. Paling menarik, Wayne Rooney akan berpeluang untuk membuat debut kedua di hadapan penyokong Everton.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Mereka akan berhadapan dengan pasukan Stoke City. Koeman pastinya dalam proses untuk membentuk pasukan utama yang serasi secepat mungkin.

Sandro Ramirez juga dijangka akan melakukan debut dalam perlawanan ini. Musim ini Everton akan beraksi tanpa penjaring 25 gol mereka musim lalu, Romelu Lukaku yang berhijrah ke Manchester United.

Paling menarik adalah 2 bintang Inggeris, Michael Keane dan Jordan Pickford yang turut dijangka akan melakukan debut dalam perlawanan ini.

Chelsea turun sebagai juara bertahan

Selepas menjual 10 pemain dan hanya membeli 4 pemain, Antonio Conte menegaskan yang beliau masih mahukan tambahan pemain dalam skuad ini.

Namun hari ini fokus mereka adalah untuk memenangi perlawanan pembukaan. Victor Moses akan menjalani penggantungan hari ini. Ini bermakna Azpilicueta akan ditolak ke bek sayap kanan dan Rudiger akan melakukan debut di posisi bek tengah bertiga.

Chelsea pastinya menagih sentuhan Alvaro Morata yang dibawa masuk untuk menggantikan Diego Costa yang cemerlang pada musim lalu.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Burnley pula akan beraksi tanpa bek kental mereka, Michael Keane yang menyertai Everton.

Perlawanan lain

Crystal Palace vs Huddersfield

Southampton vs Swansea City

West Brom vs Bournemouth

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN