Barcelona Dan Real Madrid Takut Diundi Dengan Manchester City

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bekas bintang Arsenal, Paul Merson menyifatkan 2 pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid terdesak untuk mengelakkan daripada berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Berdasarkan rekod terkini, Manchester City telah menang lima daripada enam perlawanan peringkat kumpulan dan mara ke saingan kalah mati, serta mengekalkan rentak cemerlang dengan membelasah FC Basel 4-0 pada perlawanan pertama pusingan 16, pada hari Rabu lalu.

City mudah mencatat kemenangan 4-0 ke atas FC Basel rabu lalu. FOTO: Manchester City Official Twitter

Skuad bimbingan Pep Guardiola juga meme­gang kelebihan 16 mata untuk menerajui Liga Perdana Inggeris dan meledak 79 gol daripada 27 perlawanan sepanjang musim ini.

Merson meramalkan undian suku akhir nanti menyaksikan Manchester City akan berdepan salah satu pasukan gergasi Eropah dalam saingan Liga Juara-Juara selepas ini.

“Saya fikir, Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bimbang dengan ancaman Manchester City.

“Kemenangan 4-0 ke atas Basel sangat memberangsangkan dan mereka amat bagus.

“Barcelona, Real dan Bayern sudah pasti tidak mahu bertemu City dalam aksi yang berlangsung secara timbal balik.

“Mereka mungkin sedia ambil risiko jika ia hanya satu perlawanan tetapi buat masa sekarang sudah pasti mereka mahu mengelak daripada diundi bersama,” katanya.

Manchester City
Prestasi Manchester City dalam saingan Liga Domestik ketika ini agak cemerlang dan hanya memerlukan 6 kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan EPL.

Bukan hanya City menampilkan aksi cemerlang, tetapi Liverpool juga cemerlang membelasah Porto 5-0 dan Tottenham mengikat naib juara tahun lalu, Juventus 2-2.

Merson percaya keputusan itu membuktikan kelab Inggeris adalah kuasa besar bola sepak Eropah.

“Apa yang dilakukan Tottenham ke atas Juventus adalah luar biasa. Mereka ketinggalan 0-2 tetapi bangkit kembali untuk mendominasi permainan,” kata Merson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN