‘Magik’ Piala FA Tidak Mengejutkan Mauricio Pochettino Selepas Anak Buahnya Seri Bertemu Rochdale

Tottenham Hotspur sekali lagi terpaksa beraksi dalam perlawanan ulangan Piala FA selepas diikat Rochdale 2-2 pada perlawanan yang berlangsung di Crown Oil Arena.

Sebelum ini Spurs dikerah untuk beraksi pada perlawanan ulangan pusingan ke-4 ketika bertemu Newport County.

Keadaan itu pada pandangan pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino adalah satu perkara yang tidak mengejutkan baginya.

”Piala FA mempunyai ‘magik’. Kami masih mempunyai peluang lain di Wembley, keadaan yang sama seperti sebelum ini (bertemu Newport County),” ujar Pochettino bercakap kepada BBC Sport.

”Ianya tidak mengejutkan. Persaingan dalam kejohanan ini sangat berbeza. Newport memberikan kami permainan yang cukup hebat dan kemudiannya mereka tewas 5-0 pada perlawanan liga selepas itu.”

”Motivasi pemain sentiasa tinggi. Ianya tidak mudah untuk beraksi dalam jenis perlawanan yang sebegini. Sudah pasti kami mahukan kemenangan tetapi kami mempunyai peluang untuk mencatatkan kemenangan.”

ROCHDALE, ENGLAND – FEBRUARY 18: Steve Davies of Rochdale AFC celebrates scoring the second Rochdale AFC goal with Andrew Cannon of Rochdale AFC during The Emirates FA Cup Fifth Round match between Rochdale and Tottenham Hotspur on February 18, 2018 in Rochdale, United Kingdom. (Photo by Nigel Roddis/Getty Images)

”Kami mempunyai skuad yang sesuai dan ia akan menjadi satu lagi perlawanan untuk memberikan peluang untuk pemain bersaing di Wembley dan kami mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke suku akhir.”

Pada perlawanan bertemu kelab yang menghuni tangga terbawah saingan League One itu, Tottenham ketinggalan pada minit akhir babak pertama menerusi jaringan dari Ian Henderson.

Rekrut terbaru pasukan, Lucas Moura menemui sentuhan bagi menyamakan kedudukan dan Harry Kane yang dimasukkan pada minit ke-76 berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua buat pasukan pelawat.

Steve Davies muncul wira buat tuan rumah dengan jaringan penyamaan yang dihasilkannya pada masa kecederaan untuk memastikan perlawanan ulangan akan diadakan pada 1 Mac nanti.

Dengan kejayaan mencatatkan keputusan seri ini, sekurang-kurangnya Rochdale akan dapat menikmati peluang beraksi di Stadium Wembley sekiranya perjalanan mereka hanya terhenti di pusingan ke-5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN