Masa semakin suntuk buat kelab gergasi Sepanyol, Barcelona untuk mendapatkan persetujuan daripada pemainnya untuk membuat pemotongan gaji bagi mengelak daripada berdepan dengan bankrupsi.
Menurut laporan daripada media Sepanyol, RAC1, kelab tersebut telah memulakan perbincangan dengan pemain mereka melalui wakil dan peguam untuk rundingan pemotongan gaji sehingga 30 peratus.
Kelab Catalan tersebut perlu mengecilkan bil gaji mereka sebanyak €190 juta (Rm921 juta) dan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 5 November (Khamis) ini atau mereka akan difailkan bankrup pada Januari akan datang.
https://twitter.com/English_AS/status/1322435563346120704?s=20
Kewangan Barcelona terjejas teruk selepas menerima impak yang kuat ekoran pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia dan kelab tersebut kehilangan sumber pendapatan daripada keuntungan hari perlawanan seperti jualan tiket dan sebagainya.
Presiden interim, Carles Tusquets menjelaskan keutamaan pihak pengurusan kelab ini adalah untuk memastikan kewangan pasukan kembali pulih dengan sekurang-kurangnya tidak diisytiharkan bankrup dalam masa terdekat.
“Pandemik ini telah memberi kesan yang besar kepada Barcelona. Sebelum ini kelab amat bergantung kepada sektor pelancongan dan kini pendapatan utama itu telah hilang dan situasi semasa sememangnya mencabar.
Salah satu perkara yang ‘mencabar’ buat kelab tersebut adalah gaji tinggi yang perlu dibayar kepada beberapa pemain utama mereka terutamanya Lionel Messi yang menerima €584,000 seminggu.
Namun menurut sumber dari Football Leaks, pemain berusia 33 tahun itu kini menerima €988,000 seminggu bersama dengan bonus yang menjadikan pembayaran gajinya sahaja telah mencecah €60 juta setahun.
https://twitter.com/FootballPlane17/status/1322484059885522945?s=20
Dua pemain lain yang meraih pendapatan tinggi adalah Frenkie de Jong (€360,000) dan Antoine Griezmann (€354,000).
Apa yang menjadi persoalan adalah keengganan Barcelona untuk melepaskan bintang Argentina tersebut kepada Manchester City semasa tempoh perpindahan musim panas lalu sedangkan ianya sudah tentu dapat mengurangkan bebanan yang besar.
Banyak pihak yang meletakkan kesilapan tersebut di bahu bekas presiden, Josep Bartomeu yang mengumumkan perletakan jawatannya pada awal minggu ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian
‘Pasukan Itu Tiada Apa’ – Pengurus Benfica Tolak Perbandingan Dengan Barcelona