Barcelona Beku Niat Bawa Griezmann Ke Nou Camp Dalam Masa Terdekat

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu belum ada sebarang niat – buat masa sekarang – untuk menandatangani Antoine Griezmann dari Atletico Madrid selepas sedar akan risiko dan kerumitan yang akan berlaku sekiranya perpindahan tersebut direalisasikan.

Pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini mengumumkan akan pergi meninggalkan Atletico Madrid, dan klausa perpindahan pemain tersebut dikatakan jatuh dari nilai asal €200 juta kepada €120 juta mulai 1 Julai hadapan.

Ubah perancangan

Gergasi Catalan itu sebenarnya mahu mendapatkan khidmat Griezmann pada musim panas lalu. Namun pemain tersebut memutuskan untuk kekal bersama Los Rojiblancos untuk semusim lagi sebaik sebelum kempen Piala Dunia yang lalu melalui sebuah dokumentari yang disiarkan di televisyen Sepanyol.

Untuk berhadapan saingan musim hadapan, Griezman dikhabarkan bukan lagi pemain keutamaan Barcelona, tatkala Bartomeu mempunyai pelbagai perkara untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Salah satunya ialah nilai €120 juta yang ditetapkan oleh Atletico Madrid masih lagi dianggap mahal. Barcelona juga perlu membayar pendapatan pemain tersebut yang dikatakan menceceah €17 juta semusim.

Berkecil hati

Faktor kewangan bukan satu-satunya perkara membuatkan Barcelona enggan meneruskan pembelian Griezmann. Cara beliau menolak tawaran tatakala keseluruhan skuad Barcelona sudah mulai teruja pada musim lalu, juga dikatakan menjadi salah satu faktor.

Bartomeu sedar akan penerimaan pemain-pemain senior terhadap penyerang tersebut, dan rata-rata penyokong juga mempunyai sentimen yang sama.

Presiden Barcelona itu sedar banyak perkara terpaksa dilakukan sekiranya mahu membawa masuk Grizemann ke Nou Camp, termasuk untuk memperbaiki imej pemain tersebut. Buat masa ini ia seperti Barcelona telah membekukan minat untuk mendapatkan pemain tersebut.

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN