Maguiere Tidak Peduli Minat United & City, Fokus Hanya Untuk England

Harry Maguire enggan memberikan sebarang reaksi kepada khabar angin yang mengatakan Manchester United dan Manchester City berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk saingan pada musim hadapan.

Sebaliknya pemain pertahanan tengah itu menegaskan fokus beliau kini hanya terarah kepada England – dan bukan kepada perkara lain – menjelang pusingan akhir UEFA Nations League (UNL).

City dan United berminat

Pemain Leicester City ini dikatakan calon terbaik pengganti Vincent Kompany di Etihad pada musim hadapan. Manakala Manchester United sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan Maquire sejak ketika masih dibimbing oleh Jose Mourinho.

Maguire adalah antara pemain yang menampilkan prestasi menakjubkan ketika bersama England di kempen Piala Dunia yang lalu.

Enggan fokus dirinya terganggu, Maguire menegaskan perhatian beliau sekarang ialah untuk membantu skuad kendalian Gareth Southgate untuk berhadapan dengan Belanda di separuh akhir UNL.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Vincent Kompany of Manchester City battles for possession with Ben Chilwell of Leicester City and Harry Maguire of Leicester City during the Premier League match between Manchester City and Leicester City at Etihad Stadium on May 06, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Apabila saya bersama England, saya tidak akan berfikir mengenai kelab,” ujar pemain berusia 26 tahun itu ketika menjawab pertanyaan mengenai minat oleh Manchester United.

“Apabila lencana ini berada di dada, ia amat penting untuk memberikan fokus hanya kepada England, dan bukan perkara lain. Saya kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk dua perlawanan yang bakal kami hadapi. Di situlah fikiran saya ketika ini.”

Van Dijk dan De Ligt

Berhadapan Belanda, ini bermakna Maguire juga akan berhadapan dengan pasangan pertahanan Belanda, Virgil van Dijk dan juga Matthijs de Ligt.

Mempunyai pengalaman berhadapan dengan ancaman Van Dijk dalam situasi set-pieces ketika pemain itu beraksi bersama Liverpool, Maguire mengakui tidak tahu banyak mengenai pemain muda Ajax yang turut berada di radar United, De Ligt.

“Beliau [De Ligt] hanya berusia 19 tahun dan adalah kapten Ajax yang mara ke separuh akhir Champions League. Saya percaya beliau mempunyai masad depan yang baik,” tambah beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN