Barcelona Sedia Bayar £130 Juta Untuk Bida Coutinho?

Philippe Coutinho dan Barcelona sekali lagi menghiasi drama perpindahan pemain. Meskipun Barcelona sebelum ini sudah mendapatkan bintang Ousmane Dembele tetapi penyokong mereka rata-rata mahukan Coutinho.

Dalam satu undian yang dilakukan oleh sebuah akhbar sukan di Sepanyol, 70% penyokong mereka mahukan bintang Liverpool dan Brazil ini di dalam pasukan mereka.

Pada pra-musim lalu, Liverpool menolak bidaan £119 juta daripada Barcelona untuk pemain ini. Liverpool mampu berkuasa penuh ke atas harga Coutinho selepas pemain itu melanjutkan kontrak jangka panjang musim lalu dengan tiada klausa perlepasan.

Kontrak itu tamat pada 2022. Coutinho juga dinaikkan gaji kepada £150,000 seminggu di Liverpool.

Laporan The Guardian menyebut, Liverpool hanya akan membuka harga dengan £130 juta. Barcelona dikatakan masih mahu membida pemain itu dengan harga £119 juta.

Pemain perancang Liverpool, Philippe Coutinho membuktikan dirinya cukup berharga buat skuad the Reds apabila memberikan aksi individu menakjubkan

Klopp memberitahu, buat masa ini, Liverpool tiada masalah kewangan dan tidak ada isu untuk menjual Coutinho walaupun sudah membeli Virgil Van Dijk dengan nilai £75 juta dari Southampton.

Spekulasi menyatakan Coutinho sengaja tidak mahu bermain ketika menentang Burnley dan perlawanan Piala FA menentang Everton selepas ini telah dijawab oleh Klopp.

Beliau memberitahu Coutinho sedang mengalami kecederaan. Media di Sepanyol juga teruja untuk menyatakan yang Coutinho sangat hampir ke Barcelona selepas Nike meletakkan jersi nama Coutinho dalam senarai untuk ditempah.

Jurgen Klopp memberitahu beliau mahu mengekalkan skuad yang ada dan tiada tekanan untuk menjual Coutinho.

Adakah Coutinho akan ke Nou Camp?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN