Gara-Gara Sebuah Dron Terbang, Perlawanan Tergendala!

Sebelum ini, haiwan biasa menganggu kelancaran sesebuah perlawanan bola sepak. Kucing, anjing, tupai malah kambing pernah dilihat ‘beraksi’ di padang!

Belum lagi menyentuh faktor cuaca menjadikan perjalanan sesebuah aksi bola sepak terjejas. Salji yang turun begitu tebal atau air bertakung di padang stadium pernah menjadi faktor yang jatuh dalam kategori di atas.

Namun kejadian ini perlu dipandang serius. Supaya tidak ada unsur sabotaj.

Menganggu

Kejadian ini berlaku pada semalam (1 Januari) sewaktu perlawanan EFL League Two antara Yeovil Town menentang Crawley Town. Perlawanan tergendala pada minit ke-80 kerana sebuah dron di sekitar stadium Huish Park.

Pada ketika itu, kedudukan terikat 1-1. Pengadil, Brett Huxtable mengambil keputusan untuk menagguhkan perlawanan buat seketika.

Keputusan ini diambil bagi mengelakkan kekecohan sama ada kepada pemain dan penonton. Manalah tahu tiba-tiba dron itu terjatuh dan mengenai sesiapa sahaja.

Selepas 11 minit, perlawanan bersambung semula. Itu pun, pegawai keselamatan mengesahkan bahawa perlawanan boleh diteruskan. Dron itu terbang entah ke mana.

Difahamkan polis telah menyiasat perkara tersebut.

Kesempatan terhidang

Bukan semua jurulatih dapat merasai kesempatan untuk memberi penerangan taktikal kepada pemain ketika perlawanan tertangguh. Pemain Crawley Town telah diberikan sedikit penerangan oleh pengurus.

Pengurus Crawley Town, Harry Kewell bersyukur kerana diberi peluang untuk memberikan sedikit penerangan kepada anak buahnya. Selepas perlawanan bersambung semula, pemain Crawley Town, Thomas Verheydt menjaringkan gol kemenangan.

Tetapi pengurus Yeovil Town agak bengang dengan kejadian gangguan dron itu. Pengurus Yeovil itu menyifatkan pengguna dron itu sebagai badut.

Cuma apa kami harapkan pengguna dron itu bukanlah seseorang yang berniat untuk menganggu perjalanan perlawanan tersebut. Tetapi kami cukup risau sekiranya gangguan seperti ini berlaku sehinggakan menimbulkan kekacauan mahu pun kecederaan kepada sesiapa sahaja.

Pesanan kami, kalau nak main dron, bukan di stadium!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN