Ernesto Valverde dilaporkan sedia mendengar tawaran daripada kelab lain untuk Andre Gomes yang dikatakan tiada dalam perancangan beliau.
Namun harga pembukaan untuk perbincangan itu adalah £60 juta. Ataupun kira-kira £10 juta lebih daripada harga yang dibayar Barcelona untuk membeli beliau.
Musim lalu dilaporkan Real Madrid membida Andre Gomes dengan nilai £30 juta dan pemain tersebut hampir pasti menyertai kelab Los Blancos. Namun Barcelona telah mencantas usaha Real itu dengan nilai bidaan jauh lebih tinggi.
Selain daripada Andre Gomes, Barcelona turut mahu menjual Arda Turan. Barcelona cuba menjual pemain Turki tersebut ke China, namun jendela perpindahan CSL masih belum dibuka.
Andre Gomes dibeli musim lalu selepas cemerlang dalam aksi Euro 2016. Namun gagal memenuhi jangkaan peminat dan pengurusan.
Laporan ESPN menyebut juga yang Barcelona mahu mendapatkan Mesut Ozil jika mereka gagal mendapatkan Phillipe Coutinho. Mereka menyediakan bidaan £53 juta untuk perancang Arsenal tersebut.
Kontrak semasa Ozil di Emirates masih lagi belum dilanjutkan. Arsenal antara pasukan yang kerap menjual pemain utama ke Camp Nou sebelum ini. Namun Arsene Wenger yakin Ozil akan menandatangani kontrak baru meskipun agak lewat.
Paling menarik, Mesut Ozil adalah bekas pemain Real Madrid.
Barcelona berhadapan dengan krisis gagal mendapatkan pemain yang dikehendaki Valverde kali ini. Antaranya ialah Marco Verratti.
Corak pengurusan perpindahan di bawah Josep Maria Bartomeu terus menjadi kecaman oleh peminat Barcelona.