Liverpool Tolak Bidaan Kedua Bernilai £86 Juta Oleh Barcelona Untuk Phillipe Coutinho

Liverpool dilaporkan telah menolak bidaan kedua Barcelona untuk Phillipe Coutinho. Bidaan tersebut dilaporkan bernilai £86 juta ataupun hampir €100 juta.

Sebelum ini Liverpool menolak bidaan bernilai £72 juta untuk perancang sensasi mereka. Jumlah bidaan yang dihantar Barcelona dalam 2 bidaan berasingan mirip kepada bidaan mereka ke atas Pogba pada 2016.

Dengan masa depan Neymar terus menjadi tanda tanya, Barcelona mahu menjadikan Coutinho sebagai pengganti Neymar. Coutinho boleh beraksi di posisi Neymar dan Iniesta.

Semalam, Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi memberitahu Yahoo Sports yang beliau sangat positif akan mendapatkan Neymar sebelum jendela perpindahan ditutup.

Beberapa hari lalu, Jurgen Klopp gembira dengan gandingan mantap Coutinho dan Mohamed Salah yang seperti sudah lama bermain dengan satu sama lain.

(Photo by City-Press via Getty Images)

Menjawab soalan wartawan tentang Coutinho ke Barcelona, Klopp berkata:

“Jika saya sudah menyatakan pemain ini tidak dijual, anda nak buat intepretasi (tafsiran) apa lagi?”

Musim lalu Coutinho sudah melanjutkan kontrak jangka panjang di Anfield. Lebih menarik, kontrak tersebut dilaporkan tiada klausa perlepasan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN