Nampaknya, ada isu lagi melibatkan pasukan cuba mendapatkan pemain menerusi ‘pintu belakang’.
Pasukan La Liga, Barcelona telah pun dituduh cuba untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Adrien Rabiot dengan tidak mengikut cara yang sepatutnya.
Namun begitu, pendahulu La Liga tersebut telah menafikan perbuatan tersebut dalam usaha mendapatkan pemain tersebut.
Menurut laman BBC Sport, Barcelona telah menafikan yang mereka melanggar undang-undang dalam mendapatkan Rabiot sebagai pemain mereka.
“Tiada sebarang pelanggaran peraturan dalam usaha untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain.”
Isu ini terjadi selepas Barcelona dikatakan cuba mendapatkan Rabiot daripada PSG tanpa melalui kelab itu terlebih dahulu.
Sebaliknya, mereka terus beurusan dengan wakil pihak Rabiot itu sendiri.
Semua ini terjadi kerana Rabiot akan bebas untuk bercakap dengan mana-mana pasukan bermula 1 Januari 2019 kerana pada tempoh itu, kontrak beliau bersama PSG akan tinggal 6 bulan sahaja.
Jadi Barcelona dikatakan cuba mendapatkan Rabiot dengan lebih awal dengan melakukan rundingan ‘pintu belakang’ sebelum tarikh tersebut untuk mendapatkan pemain itu secara percuma menggunakan pra-kontrak.
“Kontrak hanya dikeluarkan pada Ogos yang lalu dan sekarang pada minggu lalu.”
“Dalam kedua-dua kes, kontrak ini mengambil tempat bersama-sama dengan Pengurus Sukan PSG.”
“Barcelona sentiasa mahu berkerja dengan tahap ketelusan yang tertinggi bersama-sama PSG dan juga kelab lain.”
PSG tidak memberi sebarang respon lagi mengenai perkara ini.