Barathkumar Mahu Sumbang Kemenangan Seterusnya Buat Negeri Sembilan

Perancang tengah Negeri Sembilan, R. Barathkumar mempunyai sasaran tersendiri ketika ini untuk membantu pasukan tersebut menamatkan cabaran dalam saingan Liga Super musim 2023.

Barathkumar yang tampil sedikit suram pada awal musim kini mula memberi impak cukup besar buat Negeri Sembilan menerusi ketajaman serta ketenangan beliau mengawal posisi tengah pasukan.

Prestasi Barathkumar juga kini seiring dengan peningkatan pasukan tersebut, selepas Negeri Sembilan telah pun menerusi dua kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi.

Dua kemenangan Negeri Sembilan dicatat ketika mereka mengatasi PDRM dengan keputusan 2-0 serta Kelantan United, 4-0 di gelanggang lawan.

Lebih mencuri tumpuan, pastinya ia terarah kepada Barathkumar yang sudah pun menjaringkan tiga gol sepanjang dua perlawanan tersebut.

Untuk aksi terakhir musim ini, Negeri Sembilan bakal berdepan cabaran Kuching City dan sudah tentu kemenangan ingin dilakar mereka untuk mencapai misi di kedudukan ke-9 dalam carta Liga Super 2023.

Ujar pemain berusia 31 tahun itu, beliau memasang tekad tersendiri untuk tampil dengan cemerlang bagi membantu Negeri Sembilan mencatat kejayaan.

Barathkumar menyatakan kini beliau mahu memastikan momentum kemenangan semasa pasukan dapat dikekalkan dengan tiga mata seterusnya menjadi tumpuan pasukan tersebut di laman sendiri.

“Seperti dihasratkan ketua jurulatih K Devan untuk membawa pasukan menamatkan saingan di tangga kesembilan liga, jadi sasaran itu boleh dicapai dengan memastikan kemenangan pasukan ke atas Kuching City.

“Saya dan rakan sepasukan akan berusaha untuk mengekalkan prestasi terbaik dan secara peribadi mahu sekali lagi menyumbang kepada kemenangan pasukan pada perlawanan itu nanti,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Tampil dengan sedikit perlahan pada awal musim, prestasi Negeri Sembilan jelas mendapat kritikan daripada para penyokong mereka sendiri menerusi media sosial.

Malah, pasukan tersebut juga turut dirundung isu gaji sebelum itu yang menyaksikan ianya memberi kesan cukup besar buat prestasi semasa para pemain di atas padang.

Menerusi dua kemenangan dilakar ketika ini, sudah tentu Barathkumar dan rakan sepasukan lain ingin menamatkan persaingan Liga Super di kedudukan lebih baik serta menceriakan para penyokong Hoben Jang Hoben.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN