Dron, Pemetik Api, Payung Antara Barang Larangan Di Stadium Shah Alam

Para penyokong yang hadir ke perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini diingatkan untuk mengikuti prosedur keselamatan yang telah ditetapkan termasuk tidak membawa barang larangan.

Seramai 2,172 anggota polis dan petugas keselamatan serta 294 pegawai MFL akan bertugas dalam memabntu kelancaran final Piala Malaysia.

Dalam taklimat oleh Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib beliau menyatakan beberapa barang larangan yang tidak boleh dibawah masuk ke dalam stadium.

Dipetik dari sumber Utusan Malaysia, beliau berkata:

“Bahan letupan, senjata tajam, suar, batang besi, kayu, pemetik api, payung, botol air minuman dan dron apabila menonton final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.”

“Anggota polis yang ditempatkan di stadium itu adalah daripada pelbagai bahagian seperti pasukan khas, Unit Anjing Pengesan (K9), unit berkuda dan unit dron.”

Beberapa saringan pemeriksaan dilakukan di pintu masuk termasuk kepada peniaga serta petugas dan pegawai MFL.

Penyokong Terengganu dan Perak diingatkan untuk mematuhi laluan masuk yang telah ditetapkan pada hari itu nanti.

“Penyokong Perak masuk ke stadium melalui pintu A dan D manakala pintu B dan C untuk penyokong Terengganu.”

“Begitu juga tempat meletak kenderaan di mana penyokong Perak di E1,E2, N1 dan N4 manakala penyokong Terengganu di W3, W2, hadapan stadium dan kawasan kedai di Seksyen 13.”

Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. pula mengingatkan bahawa para penyokong dilarang untuk duduk di atas tangga stadium pada hari final.

Beliau juga menyatakan yang tiada penjualan tiket dibuat di stadium Shah Alam.

Perak akan berhadapan dengan Terengganu dalam final Piala Malaysia 2018. Mengulangi 2 final mereka sebelum ini iaitu pada 1998 dan 2001.

Siapa yang bakal menjulang Piala Malaysia 2018? Perak sudah ada 7 kejuaraan Piala Malaysia, sementara itu Terengganu ada 1 kejuaraan setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN