Bapa Jaami Kongsi Tangkap Layar – “Tiada Jemputan Dari FAM, Hanya “Public Comment” Sahaja

Nama pemain berdarah kacukan Iraq-Malaysia, Jaami Qureshi kembali menjadi sebutan menjelang persiapan skuad Bawah-20 negara kendalian Brad Maloney menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC B-23 yang akan diadakan di Mongolia pada Oktober nanti.

Menjawab soalan wartawan melalui satu sidang media secara maya semalam, Brad Maloney berkata Jaami boleh menjadi aset penting kepada skuad negara, namun halangan penerbangan akibat pandemik untuk membenarkan pemain itu hadir sendiri ke ibu negara untuk melakukan permohonan pasport Malaysia sejak setahun yang lalu adalah satu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan oleh Brad Maloney itu bermakna pintu skuad negara masih terbuka untuk Jaami Qureshi, walaupun sebelum itu terdapat laporan mengatakan pemain itu kini telah memilih untuk beraksi bersama Iraq.

Beberapa jam sebelum kenyataan daripada Brad Maloney itu juga, ayah kepada pemain tersebut, Perviz Qureshi mendakwa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya sekadar mengeluarkan komen-komen kepada media tanpa sebarang tawaran konkrit untuk menyarung jersi Malaysia.

Perviz sebelum ini turut pernah mendakwa tiada sesiapa daripada FAM pernah menghubungi mereka mengenai tawaran untuk menyarung jersi Malaysia.

Pervis Qureshi turut memberikan indikasi untuk melupakan peluang anaknya bermain untuk Malaysia apabila berkata: “Masa untuk berubah” – merujuk kepada tawaran serius dari Iraq yang turut melamar anaknya.

Malah satu tangkap layar dari artikel Semuanya BOLA: “5 Pemain Berkelana Di Eropah Boleh Dipanggil Perkuat Skuad B-20” mengenai Jaami turut dikongsikan oleh Pervis di Twitter beliau.

Situasi di atas menimbukan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tempatan. Adakah benar FAM hanya “suam-suam kuku” sahaja dengan tawaran untuk Jaami Qureshi menyertai pasukan negara? Atau adakah terdapat sebab lain yang lebih rumit daripada permohonan pasport yang menjadi penghalang?

Untuk rekod, Jamal Qureshi pernah dipanggil oleh Brad Maloney untuk menyertai kem latihan skuad B-19 negara sekitar Julai tahun lalu, namun ditolak oleh pemain itu sendiri atas alasan dan isu tempoh kuarantin yang perlu dilaluinya.

Pada waktu yang sama Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingham turut mengesahkan FAM sedang mengadakan perbincangan dengan Brighton, yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris mengenai pelepasan pemain itu menyertai kem latihan negara.

Ini memandangkan Qureshi memerlukan pelepasan jangka panjang sekiranya mahu menyertai skuad B-19 negara yang dalam perancangan melakukan persiapan untuk Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan. Malangnya kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan oleh AFC akibat pandemik yang tiada kesudahan.

“Ia memerlukan pemahaman mengenai tarikh-tarikh tertentu, terutama pada ketika dia perlu bersama skuad kebangsaan bagi kem latihan dan persiapan sebelum menghadapi kejohanan,” jelas Stuart Ramalingham ketika itu.

“Kami mahu memastikan kelabnya benar-benar faham keperluan untuk Jaami bersama kami bagi tempoh yang agak panjang sebelum menghadapi kejohanan,” tambahnya.

Untuk rekod juga, skuad B-20 negara yang dikendalikan oleh Brad Maloney terdiri daripada pemain-pemain yang rata-rata adalah kelompok pertama graduan Akademi Mokhtar Dahari. Pemain-pemain itu kini sudah mempunyai kontrak profesional bersama kelab masing-masing, termasuk Luqman Hakim yang berkelana di Belgium.

Beberapa pemain lain seperti Arif Aiman, Ramadhan Saifullah, dan Quentin Ching turut dibawah pemerhatian dan akan dipanggil sekiranya diperlukan untuk memperkuatkan kemampuan pasukan negara.

Persoalannya sekarang adakah FAM perlu berusaha lebih gigih memujuk pemain ini menyarung jersi keramat pasukan negara? Atau berikan fokus untuk membangunkan pasukan yang mampu bersaing secara kompetitif di peringkat rantau Asia untuk tahun-tahun yang mendatang dengan tumpuan kepada pemain sedia ada?

Baca artikel pilihan lain yang menarik dari kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

[VIDEO]: Siapa Antara Pemain Cilik Ini Sudah Cipta Nama Di Arena Bola Sepak Malaysia?

Kenali Pengadil Terkaya Dunia Yang Dipilih Adili Perlawanan Akhir Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN