Kempen Wenger Out sudah diketahui umum telah merebak ke seluruh dunia. Ini termasuk di Ethiopia.
Banner yang dikibarkan di satu perlawanan bola sepak di Ethiopia itu telah menjadi tular ke seluruh dunia.
Orang yang bertanggungjawab mencipta banner ini telah tampil memberikan penjelasan beliau. Beliau adalah Tadele Roba (gambar) yang merupakan artis di sana.
Ramai yang menganggap banner itu agak kejam untuk ‘winger’ ataupun pemain sayap di Arsenal. Nama-nama seperti Walcott dan Chamberlain antara yang menjadi usikan kerana typo itu.
Seorang blogger dan DJ Radio di Ethiopia Zecharieas Zelalem telah menjemput Roba untuk mendapatkan penjelasan.
Roba menjelaskan kepada Zelalem ia adalah satu kesilapan yang disengajakan untuk menarik perhatian dunia. Dan dia berjaya melakukannya.
Selepas sesi bual bicara itu Zelalem berkata:
“Roba memberitahu saya, dia sengaja mengejanya dengan salah. Ia memang ditujukan kepada Wenger dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pemain Arsenal termasuk Walcott.”
“Kerana kesilapan ejaan itu, banner itu telah menjadi tular ke seluruh dunia. Ia dilakukan dengan sengaja untuk menarik perhatian.”
“Tapi saya rasa Roba perlu lebih kreatif untuk mencari alasan untuk menipu saya. Dah lama saya tak dengar lawak sekelakar ini.”
“Tahap kematangan Roba dari cara dia bercakap seperti budak 12 tahun. Dia datang ke radio dan menjelaskan saya dengan alasan sebegini? Saya hanya mampu tutup mulut sahajalah.”
Anda rasa Roba sengaja? Ataupun anda setuju dengan DJ Zelalem yang merasakan Roba beralasan ataupun cover line.
Baca juga: AS Roma Sah Lantik Monchi Jadi Pengarah Sukan