Bambang Pamungkas Bakal Akhiri Karier Gemilang Bersama Persija Jakarta

Legenda bola sepak Indonesia yang pernah mewarnai Liga Malaysia satu ketika dahulu, Bambang Pamungkas akan mengakhiri karier profesional yang penuh gemilang bersama Persija Jakarta pada hari ini.

Media di Indonesia melaporkan perlawanan diantara Persija Jakarta bertemu Persebaya Surabaya di Liga 1 Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno bakal menampilkan aksi terakhir buat Bambang Pamungkas.

Khabar persaraan pemain yang terkenal dengan gelaran Bebe ini mulai timbul selepas Persija Jakarta memuat naik sebuah video memaparkan pemain tersebut sedang memakai kasut but beberapa hari yang lalu.

Di akhir video tersebut, tertulis dua patah perkataan ‘amost there’ yang membawa erti ‘hampir sampai’.

Ketua Jurulatih Persija Jakarta, Edson Tavares semalam kemudiannya mengesahkan persaraan pemain tersebut dalam satu sidang media pra perlawanan.

“Saya baru tahu pagi ini [semalam] dia akan bersara. Pertama kali saya bertemu Bepe 2001, ketika saya bersama China melawan Indonesia pada Pra Piala Dunia 2002.

“Babak pertama [perlawanan] Indonesia menang [mendahului] 1-0, tapi kalah 1-2 di babak kedua,” ujar Tavares.

“Saya bertemu Bepe lagi [pada] 2004/2005 ketika saya melatih Vietnam melawan Indonesia.

“Bepe bermain, dia itu pemain besar [ternama]. Saya berharap kelab mengekalkannya kerena ia membawa kebaikan kepada pasukan,” tambahnya lagi.

Pemain daripada Indonesia ini pernah dianggap oleh ESPN sebagai antara 10 pemain Asia paling prolifik pada 2012. Bambang Pamungkas beraksi bersama Selangor selama dua musim pada 2005 dan 2006.

Ketika bersama Selangor, Bambang Pamungkas berjaya membantu Selangor muncul juara Liga Perdana Malaysia sekaligus melayakkan Selangor untuk beraksi di Liga Super pada musim berikutnya.

Nama Bambang Pamungkas lantas menjadi idola penyokong ‘The Red Giants’ pada ketika itu apabila beliau turut membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan juga Piala FA pada musim yang sama.

Sepanjang dua musim bersama Selangor, Bambang Pamungkas telah tampil sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2005 apabila berjaya menghasilkan 23 gol daripada 24 perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN