Balotelli Simpati Dengan AC Milan Tetapi Tak Terfikir Mahu Kembali Kecuali Perlawanan Amal

Bekas penyerang AC Milan, Mario Balotelli memberitahu yang beliau sentiasa mengikuti perkembangan AC Milan. Beliau berasa simpati dengan prestasi semasa Rossoneri.

Milan pada awalnya dicanang sebagai pencabar kejuaraan Serie A dan semua piala yang mereka sertai. Tetapi ianya jelas sebaliknya yang berlakuMilan bergelut dalam setiap perlawanan musim ini.

2 perlawanan terakhir mereka keciciran mata di tangan 2 pasukan di zon penyingkiran. Milan kini dibimbing oleh Gattuso yang menggantikan Montella selepas pengendali tersebut dipecat.

Balotelli memberitahu Gazetta Dello Sport:

“Saya tumpang simpati dengan keadaan yang sukar dan tidak berjalan lancar untuk mereka.”

“Dan tak lupa, di sini, pemilik kami pun orang Cina. Tetapi pemilik kelab kami sangat rapat dengan semua orang di sini.”

(Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

“Di Milan pula segalanya penuh misteri. Saya mendengar rintihan rakan saya, Ignazio Abate dan saya seperti mahu pulang ke sana cuba membantu apa yang saya mampu. ”

“Mereka gembira seperti biasa cuma mereka terganggu dengan beberapa keadaan.”

Wartawan bertanya kepada beliau, adakah beliau mahu kembali semula ke AC Milan pada perpindahan akan datang. Jawapan Balotelli adalah:

“Kembali semula ke Milan? Untuk perlawanan amal, ya! tetapi bukan untuk menyertai mereka sebagai pemain. Kalau perlawanan amal, saya tak perlu fikirkan soal tanggungjawab sangat.”

“Minggu lalu, saya balik dan ada berjumpa Fassone (Pengerusi Milan), dia beritahu saya, lebih baik jangan fikir untuk kembali buat masa ini.”

“Selepas apa yang pernah saya lalui di sana, penyokong sentiasa meletakkan tanggungjawab terlalu tinggi kepada saya. Namun mereka tahu warna apa yang berdenyut dalam jantung saya.”

Balotelli memberitahu yang beliau memang terfikir mahu kembali ke kelab besar untuk menang piala. Beliau berterus-terang memberitahu yang beliau mahu pulang ke Manchester City.

“Atmosfera di sana luar biasa. Main tanpa gaji pun saya sanggup.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN