Bjorgvin Dedahkan Pemain Bristol City Terkejut Dengan Sikap Mourinho

Hordur Bjorgvin memberitahu mereka terkejut dengan pengendali Manchester United, Jose Mourinho ketika kemenangan bersejarah mereka tempoh hari. Bjorgvin adalah pemain kebangsaan yang turut membantu Iceland mara ke Piala Dunia Rusia 2018.

Beliau telah bermain dalam semua perlawanan untuk Bristol City musim ini sebagai kesebelasan utama. Pengalaman mengawal pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Rashford tidak akan dilupakan oleh beliau.

Bjorgvin yang sebelum ini meraikan kejayaan ke Piala Dunia turut merasakan kejayaan menumpaskan Manchester United sebagai pengalaman yang tidak kurang luar biasa.

“Ini adalah pengalaman paling hebat dan sukar untuk dicapai. Pemandangan di dalam padang tadi luar biasa.”

Beliau yang turut melihat keceriaan penyokong Bristol City meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan gergasi Manchester United. 2,000 penyokong mereka menyerbu masuk ke dalam padang.

“Ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Mereka mengerumuni saya dan kelihatan mereka memegang telefon dan merakamkan siaran langsung facebook dan snapchat story. Rasanya mungkin ramai orang di bandar ini bercuti hari ini.”

Beliau berseloroh kerana stadium mereka dipenuhi dengan lautan manusia. Bercerita tentang persediaan mereka, Bjorgvin memberitahu yang mereka menjangkakan United akan bermain dengan 2 penyerang no.9 dengan Mata sebagai no.10.

“Kami menjangkakan mereka akan menurunkan Zlatan dan Martial di serangan utama dan Mata di no.10. Namun Mata tidak terlibat dalam perlawanan itu.”

“Saya sentiasa suka bertarung dengan pemain terbaik. Nak tahu sejauh mana kehebatan kita bila berhadapan dengan mereka. Saya agak kecewa kerana gagal menewaskan Romero. Beliau pun macam saya, sedang memanaskan badan untuk Piala Dunia.”

Perlawanan pertama Iceland nanti di Piala Dunia adalah menentang Argentina dan Bjorgvin akan bertemu dengan Romero sekali lagi.

Ditanya wartawan tentang komen Mourinho yang menyatakan mereka menang kerana nasib, pemain Iceland ini ada penilaian tersendiri tentang Mourinho.

Menurut Bjorgvin, Mourinho telah mengetuk pintu bilik persalinan mereka dan megucapkan tahniah kepada pasukan Bristol City.

“Saya tak pernah melihat perkara seperti itu. Pengurus seperti Mourinho datang ke bilik persalinan kami dan beliau memuji aksi kami. Beliau turut berharap yang kami akan berjaya dan berharap juga tuah akan terus bersama kami selepas ini.”

“Bagi saya, apa yang beliau cakapkan selepas itu dalam sidang media adalah lebih kepada karakter dia sebagai pengurus dan bukan sebagai dirinya yang sebenar sebagai orang lelaki biasa.”

Read more:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN