Ballon d’Or Bakal Alami Perubahan, Ketua Jurulatih Dan Kapten Tiada Kuasa Undi Lagi

Dalam bola sepak, hadiah tertinggi bagi anugerah individu pastilah Ballon d’Or.

Anugerah Ballon d’Or mula diperkenalkan pada 1956. Lagenda Stoke City, Sir Stanley Matthews merupakan pemenang pertama anugerah tersebut.

Kaka pula merupakan satu-satunya pemain yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or ketika Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi berada dalam senarai akhir bersama-samanya.

kaka-will-give-ballon-dor

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini, 5 pemenang terakhir anugerah tersebut didominasi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Namun untuk edisi ke 2017, anugerah ini bakal menghadapi perubahan yang besar.

FIFA tarik diri

Sebelum 2010, terdapat dua anugerah yang berbeza iaitu FIFA World Player of The Year anjuran FIFA dan Ballon d’Or sendiri yang diajurkan oleh majalah France Football.

Pada tahun 2010, FIFA dan France Football bergabung untuk menyatukan anugerah FIFA World Player of The Year dan Ballon d’Or menjadi satu anugerah yang dikenali sebagai FIFA Ballon d’Or.

FIFA Ballon d’Or dianugerahkan kepada pemain terbaik dunia pada setiap tahun.

fifa-ballon

Penyatuan dua anugerah itu juga mendorong UEFA untuk menganjurkan anugerah UEFA Best Player in Europe pada 2011. Ini menggantikan Ballon d’Or yang sebelum ini dianugerahkan kepada pemain terbaik Eropah.

Namun selepas 6 tahun bekerjasama sejak 2010, FIFA mengumumkan akan menarik diri dari menganjurkan Ballon d’Or dengan France Football.

FIFA bercadang untuk melancarkan semula anugerah pemain terbaik dunia tahunan anjuran mereka sendiri. Namun masih belum terdapat sebarang info lanjut mengenai itu.

Hanya wartawan boleh mengundi

Berikutan penarikan diri FIFA dari anugerah Ballon d’Or, France Football telah mengumumkan beberapa perubahan untuk anugerah tersebut.

Semasa FIFA menjadi penganjur bersama anugerah Ballon d’Or, para wartawan, jurulatih pasukan kebangsaan dan kapten pasukan kebangsaan akan mengundi 3 calon.

Namun untuk edisi Ballon d’Or akan datang, hanya para wartawan terpilih sahaja akan mengundi untuk menentukan pemenang.

football-journalist-internship-605x330

Selain daripada itu, senarai pendek pemain yang terpilih juga mengalami perubahan.

Jika sebelum ini hanya 23 pemain sahaja terpilih dalam senarai pendek, untuk edisi akan datang ia akan menjadi 30 pemain.

Senarai akhir takkan dikeluarkan awal-awal

Selain daripada itu, senarai akhir 3 pemain juga tidak akan diumumkan awal-awal seperti edisi-edisi yang lalu.

Ini kerana France Football tidak mahu melihat dominasi dari pemain-pemain tertentu sahaja yang menguasai senarai akhir 3 pemain.

list-ballon

Oleh itu, nama pemenang dan senarai lengkap kedudukan semua pemain yang layak untuk ke senarai pendek akan diumumkan pada akhir tahun.

Dan majlis penganugerahan pula akan mengambil tempat pada bulan Januari tahun berikutnya.

Baca juga: Diego Simeone Berkeras Griezmann Lebih Layak Menang Ballon d’Or Berbanding Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN