Kelab Divisyen 7 Jerman, SV Wilhelmshaven Menang Kes Mahkamah Lawan FIFA

Lazimnya kita mendengar cerita pasukan kecil menewaskan kelab besar bukan? Itu kita panggil sebagai ‘giant killer’.

Namun bagaimana jika sebuah kelab kecil mampu menewaskan badan bola sepak dunia di mahkamah?

Ini cerita SV Wilhelmshaven untuk anda!

FIFA minta bayar pampasan

SV Wilhelmshaven merupakan sebuah kelab yang bermain di dalam sistem bola sepak Jerman.

Kes ini berlaku pada 2007 ketika mereka bermain di Regionalliga Nord iaitu liga divisyen 3 di Jerman.

Pada waktu itu, SV Wilhelmshaven telah menandatangani seorang pemain muda Argentina, Sergio Sagarzazu (gambar bawah) yang pada ketika itu berusia 19 tahun.

screen-shot-2016-09-21-at-4-04

Sebagai pampasan kepada kelab Argentina yang membangunkan bakat pemain Argentina ini, FIFA telah mengarahkan SV Wilhelmshaven untuk membayar pampasan kepada River Plate dan Atlético Excursionistas.

Jumlah pampasan dianggarkan bernilai sebanyak €157,500 (RM 726,000).

Pampasan itu dikenakan sebagai bayaran untuk dua kelab tersebut yang telah melatih Sagarzazu semasa di peringkat remaja.

Anggaran jumlah pampasan sebanyak RM726,000 tersebut dikira berdasarkan peraturan FIFA yang menyatakan:

  • SV Wilhelmshaven perlu membayar jumlah pampasan yang dituntut oleh 2 kelab tersebut kerana mereka adalah 2 kelab pertama yang menawarkan kontrak senior kepada Sagarzazu.
  • Jumlah pampasan tersebut diperoleh menerusi kos tahunan yang dikeluarkan untuk melatih Sagarzazu di peringkat remaja.
  • Jumlah pampasan tersebut adalah hasil darab kos tahunan yang bermula pada usia 12 tahun.
  • Tempoh maksima perkiraan tersebut adalah sehingga Sagarzazu berumur 21 tahun.
  • Memandangkan Sagarzazu memperoleh kontrak senior pada usia 19, kiraan kos tahunan tersebut hanya melibatkan usia ketika 12 tahun hingga 19 tahun sahaja.

screen-shot-2016-09-21-at-3-53-49-pm

Namun begitu, SV Wilhelmshaven tidak mahu membayar pampasan kepada dua kelab tersebut. Hal ini kerana dalam pada masa yang sama, Sagarzazu juga mempunyai kerakyatan negara Itali!

SV Wilhelmshaven enggan membayar pampasan tersebut kerana ia menentang polisi Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan ‘kebebasan warga EU untuk berhijrah ke mana-mana negara EU lain’.

Denda bertubi-tubi

FIFA nyata tidak mahu menyerah kalah dalam kes ini.

Mereka telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Jerman Utara (NFV) yang mengurus liga Regionalliga untuk memotong 6 mata SV Wilhelmshaven dalam liga sebagai amaran bagi memastikan pasukan tersebut membayar pampasan tersebut.

Namun SV Wilhelmshaven tetap berdegil dan tidak mahu membayar pampasan tersebut.

svwilhelmshaven103_v-contentxl

Pada musim seterusnya, mereka dipotong lagi 6 mata tetapi hasilnya tetap sama – SV Wilhelmshaven tidak mahu membayar pampasan.

5 tahun sejak kes itu terjadi, FIFA akhirnya mengeluarkan senjata utamanya terhadap SV Wilhelmshaven.

FIFA mengarahkan NFV pada 2012 untuk menyingkirkan SV Wilhelmshaven dari liga ketika musim 2013/14.

Misi menyelamatkan kelab

Selepas disahkan tersingkir liga atas arahan FIFA, SV Wilhelmshaven menghantar wakil mereka ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mencabar keputusan tersebut.

Bagi mereka, FIFA telah merompak hak mereka untuk menggunakan Sagarzazu.

Hal ini kerana Regionalliga – yang ditadbir oleh NFV – bukanlah liga yang tertakluk kepada peraturan FIFA. Ini kerana NFV bukan ahli FIFA. Di Jerman, hanya DFB – pentadbir 2 liga divisyen teratas Bundesliga – yang merupakan ahli FIFA.

der-sv-wilhelmshaven-kaempft

Jadi pada fikiran SV Wilhelmshaven, “Kenapa FIFA perlu nak menyibuk sedangkan liga yang mereka bertanding tidak tertakluk dengan peraturan FIFA?”

SV Wilhelmshaven bagaiamana pun gagal untuk merayu keputusan tersebut. Dan mereka membawa kes ini ke Mahkamah Daerah Bremen dan tewas lagi.

Kegagalan mereka dalam merayu keputusan tersebut menyebabkan mereka kehilangan hak perlesenan untuk bermain di liga nasional.

Dan ini ternyata memberikan tsunami kepada kewangan kelab apabila kelab jatuh rugi dengan kerugian sebanyak 7 angka.

Menuju kemenangan

Kes yang berakar umbi pada 2007 ini masih dibawa ke mahkamah pada tahun 2014. Kali ini mereka membawa kes mereka ke mahkamah tinggi pula.

Akhirnya Mahkamah Tinggi Daerah Bremen mengumumkan bahawa keputusan untuk menyingkirkan SV Wilhelmshaven dari Regionalliga adalah tidak sah.

Keputusan mahkamah tersebut menyebabkan NFV (yang dipaksa oleh FIFA) terpaksa merujuk kepada Mahkamah Tinggi Jerman (Bundesgerichtshof).

screen-shot-2016-09-21-at-4-07

Kes yang dibawa ke Bundesgerichtshof  ini telah menggantung SV Wilhelmshaven tanpa tali. Mereka terpaksa bermain di liga daerah sepanjang tempoh tersebut.

Tetapi SV Wilhelmshaven tetap tidak mahu mengalah. Kali ini mereka membawa kes ke Mahkamah Agung Jerman!

Dan pada 20 September 2016, Mahkamah Agung Jerman telah mengisytiharkan bahawa keputusan FIFA untuk menyingkirkan SV Wilhelmshaven dari Regionalliga menerusi NFV adalah tidak sah!

Keputusan tersebut dibuat kerana Mahkamah Agung Jerman mengakui SV Wilhelmshaven bukan ahli DFB. Ini menyebabkan mereka kalis dari peraturan FIFA.

Mereka juga mengatakan tindakan FIFA itu adalah ‘tidak mengikuti undang-undang’ dan FIFA juga diarahkan membayar ganti rugi kepada SV Wilhelmshaven diatas kerugian kelab dari segi kewangan.

SV Wilhelmshaven juga telah mengumumkan kejayaan mereka terhadap FIFA menerusi satu tweet di laman Twitter mereka.

https://twitter.com/SVWhv/status/778143956265734146

Dalam tweet itu mereka menulis dalam Bahasa Jerman yang membawa maksud ‘pulih’ dan disertakan hashtag #SVWVSFIFA (merujuk kepada kes antara SV Wilhelmshaven dengan FIFA) serta #DFB dan #NFV.

Baca juga: Mengapa Barcelona Masih Boleh Membeli Pemain Walaupun Dikenakan Sekatan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN