Lionel Messi muncul pemenang Ballon d’Or 2019, selepas menafikan pesaing utamanya Virgil van Dijk dalam majlis yang diadakan di Paris pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Ia adalah gelaran keenam buat Messi untuk anugerah yang mengiktiraf pencapaian pemain profesional secara individu tersebut, menjadikan beliau pemenang terbanyak dalam sejarah.
? WINNER ?
?? Lionel Messi wins the 2019 Ballon d’Or.
? 2009
? 2010
? 2011
? 2012
? 2015
? 2019? The first player in football history to win SIX Ballon d’Ors. pic.twitter.com/dthvnEVPHa
— SPORF (@Sporf) December 2, 2019
Ballon d’Or 2019 turut menyaksikan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menduduki tempat kedua, sementara rakan sepasukan, Sadio Mane berada di tempat ketiga di dalam senarai undian.
Untuk Ballon d’Or, proses undian adalah sedikit berbeza dengan Anugerah The Best FIFA. Anugerah yang dianjurkan oleh FIFA mengambil kira undian daripada kapten pasukan dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan ahli gabungan, penyokong dan juga wakil media setiap negara.
Bagi Ballon d’Or, ia diundi sepenuhnya oleh wakil media bola sepak dari setiap negara.
Bagi Ballon d’Or 2019, 176 wakil media dari seluruh dunia telah meletakkan undi masing-masing termasuk dari negara kita, Malaysia.
Setiap wakil media dibenarkan memilih lima pemain daripada 30 yang disenaraikan sebagai calon mengikut turutan.
Malaysia diwakili oleh pengkritik dan wartawan sukan terkenal tanah air iaitu saudara Rizal Hashim.
The #BallonDor2019 voting records. Here’s what really matters guys. Have fun. pic.twitter.com/r8d5U7nXYn
— Sport Witness (@Sport_Witness) December 3, 2019
Berdasarkan perkongsian oleh Sport Witness di Twitter, Rizal mengundi Virgil Van Dijk sebagai pilihan pertama. Bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo pula berada di kedudukan kedua.
Dua lagi pemain Liverpool, Sadio Mane dan Roberto Firmino diundi masing-masing di kedudukan ketiga dan kelima. Messi pula adalah pilihan Rizal di kedudukan keempat.
Pada pendapat kami, ia adalah undian yang amat adil dari saudara Rizal untuk Ballon d’Or 2019, berdasarkan prestasi pemain sepanjang musim lalu.