‘Balik Naik Teksi’ – Roy Keane Berang Dengan Beberapa Pemain Man United

Roy Keane Manchester United Spurs

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane kurang senang dengan prestasi beberapa pemain yang menyaksikan skuad The Red Devils terikat 1-1 menentang Tottenham.

Bruno Fernandes meledak jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti untuk menafikan jaringan awal Steven Bergwijn pada minit ke-27 dan kedua-dua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada perlawanan awal pagi tadi.

Roy Keane berang dengan De Gea dan Maguire

Muncul di Sky Sports sebagai salah seorang pengulas perlawanan tersebut, Roy Keane dilihat gagal menyembunyikan perasaan marahnya dengan prestasi beberapa pemain Man United sehingga mengeluarkan kenyataan yang agak sinis dan pedas.

“Saya sudah meluat dengan penjaga gol ini [David De Gea]. Beliau penjaga gol yang dianggap hebat. Sudah lama saya lihat benda ini berlaku. Saya terkejut dengan [Harry] Maguire, terkejut dengan prestasi pemain yang bermain di pentas antarabangsa.

“Maguire dan De Gea, saya tidak akan benarkan mereka menjejak kaki ke dalam bas selepas perlawanan. Mereka perlu balik ke Manchester dengan menaiki teksi,” tegas Roy Keane ketika rehat babak pertama, menyaksikan Man United ketinggalan 0-1.

Selain itu, Roy Keane turut menyelar dan naik angin dengan pertahanan kiri, Luke Shaw yang menurutnya punca kepada jaringan Steven Bergwijn, “Saya tidak percaya melihat Shaw menanduk bola tersebut ke atas dan kemudian berlari pula ke depan.”

Solskjaer rasa Roy Keane juga tak mampu tepis

Pengendali Man United, Ole Gunnar Solskjaer tampil mempertahankan pemainnya selepas diserang dengan kenyataan Roy Keane tersebut termasuklah kritikan terhadap penjaga gol nombor satunya, De Gea yang baginya telah beraksi dengan baik.

“Roy adalah pemain tengah yang hebat dan juga rakan baik saya. Saya tidak tahu sama ada dia mampu menepis bola tersebut atau tidak, tetapi itu bukanlah isunya. De Gea memang kecewa, jelas sekali. Tetapi bola tersebut laju dan mengelirukan.

“Kita bangkit semula dan dia telah berjaya menyelamatkan satu percubaan boleh gol lebih kurang lima minit kemudian. Ia membantu kita untuk kekal bersaing sehingga berakhir babak pertama” ujar Solskjaer mengenai prestasi De Gea tersebut.

Disamping itu, pengendali berusia 47 tahun itu turut memuji pemain tengah, Paul Pogba yang masuk menggantikan Fred di babak kedua selepas kali terakhir muncul pada Boxing Day lalu, yang baginya telah membantu mereka untuk bangkit.

Selamat kembali Pogba!

Solskjaer berpuas hati dengan gandingan Pogba dan Fernandes pada setengah jam terakhir perlawanan dan pemain tengah Perancis itu yang telah membantu mereka mendapatkan penalti yang akhirnya berjaya disudahkan Fernandes pada minit ke-81.

“Pada saya, hari ini Paul telah tonjolkan yang beliau boleh memberikan sumbangan kepada pasukan. Dia melakukan bentesan, memenangi bola, mencipta peluang malah kemudian memenangi penalti buat kita. Saya tidak sabar mahukan dia cergas.

“Ia bukanlah satu masalah untuk memiliki kembali Paul yang cergas di dalam pasukan. Kita gembira untuk melihatnya kembali,” jelas Solskjaer yang dipetik daripada Goal sambil menegaskan mahu melihat peningkatan semula prestasi Pogba.

Memetik kenyataannya kepada BBC pula, gandingan Pogba dan Fernandes inilah yang mahu dibinanya selepas ini dan akan memberikan masa kepada Pogba untuk memburu semula prestasi baiknya selepas melalui kecederaan serius.

Penutup

Apa pendapat penyokong Man United mengenai prestasi De Gea dan Maguire? Adakah anda bersetuju dengan kenyataan Roy Keane yang kedua-dua pemain itu gagal beraksi sebagaimana seorang pemain bertaraf antabangsa harus pamerkan?

Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Adakah patut Roy Keane hentam mereka dan perlukah Solskjaer terus mempertahankan para pemainnya?

KREDIT FEATURED IMAGE: SKYSPORTS

Baca lagi artikel lain mengenai Roy Keane dan Man United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN