Bale Lebih Kisah Pasal Golf Berbanding Cerita Neymar Di PSG

Gareth Bale tidak menghiraukan langsung akan cabaran yang akan ditampilkan oleh Neymar dan Paris Saint-Germain (PSG), apabila Real Madrid bakal berhadapan dengan pendahulu Ligue 1 itu pada Februari hadapan di dalam pertandingan UEFA Champions League, dan lebih sibuk menonton golf.

Bale meneruskan aksi yang memberangsangkan selepas pulih daripada kecederaan, dan turut menyumbang 2 gol ketika membantu Los Blancos membelasah Deportivo La Coruna 7-1 pada hujung minggu lalu.

(Photo by fotopress/Getty Images)

Walaupun mencatat kemenangan besar, Real Madrid kekal 19 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan berada di kedudukan ke-4 selepas mengharungi 19 perlawanan.

Berdasarkan kedudukan di La Liga, ini bermakna peluang merangkul kejuaraan UEFA Champions League buat kali ke-3 selama tiga musim berturut-turut adalah sasaran yang lebih realistik, jika Real Madrid mengidamkan trofi pada musim ini.

Walaupun menyedari prospek tersebut, bintang Wales itu lebih tertarik kepada prestasi Dustin Johnson dan Jordan Spieth di arena golf berbanding ancaman yang bakal dihadirkan oleh Neymar, Edinson Cavani atau pun Kylian Mbappe bersama PSG.

Ketika ditanya oleh ESPN FC mengenai cabaran yang bakal dihadirkan oleh PSG di peringkat 16 pasukan terakhir saingan UCL, Bale mengaku beliau tidak berapa mengambil kisah akan PSG dan pertandingan UCL buat masa ini.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Gareth Bale berkata:

“Saya tidak terlalu banyak menonton aksi bola sepak. Jujurnya, saya lebih rela menyaksikan pertandingan golf.”

“Kami tidak memikirkan mengenai pertandingan Champions League buat masa ini. Kita masih ada banyak masa untuk itu.”

“Buat masa ini, adalah lebih baik untuk saya dan rakan sepasukan memberikan fokus kepada kepada setiap perlawanan yang bakal ditempuhi, kembali membina keyakinan, dan mencari kembali rentak kemenangan seperti sebelum ini.”

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Aksi Real Madrid pada Ahad lepas membayangkan skuad berkenaan mulai kembali ke prestasi terbaik mereka, terutama selepas kembalinya Bale ke dalam kesebelasan utama skuad kendalian Zinedine Zidane itu.

Walaupun Adrian Lopez meletakkan Deportivo di hadapan, Bale menjadi inspirasi kebangkitan Real Madrid selepas itu dengan dua gol, selain daripada dua lagi gol masing-masing disumbangkan oleh Cristiano Ronaldo dan Nacho serta jaringan oleh Luka Modric.

Prestasi Bale turut mendapat tepukan penghargaan (standing ovation) daripada penonton di Bernabeu selepas pemain itu dikeluarkan untuk digantikan oleh Lucas Vazquez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN