Ramsay Tak Menyesal Sertai Pasukan FELDA United

Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Iain Ramsay membuat keputusan saat akhir apabila menolak tawaran kelab Prachuap FC yang beraksi dalam Liga Thailand dan memilih untuk menyertai FELDA United yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini.

Namun begitu, pemain yang berusia 30 tahun itu mengakui tidak menyesal memilih pasukan Felda United yang beraksi dalam saingan divisyen kedua kerana tertarik dengan corak permainan skuad bimbingan B. Sathianathan.

“Saya sudah melihat corak permainan Felda United tahun lepas ketika mereka beraksi pada kejohanan Piala AFC dan saya tahu pasukan ini amat sesuai untuk saya meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional.

“Saya juga tertarik dengan corak permainan yang dikendalikan oleh Sathianathan se­hingga pasukan ini berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta Liga Super musim lalu,” katanya kepada Kosmo.

“Saya sangat gembira bersama pasukan ini dan saya akan segera menyesuaikan diri agar keserasian antara pemain dapat dibentuk dengan lebih cepat sebelum perlawanan pertama 2 Februari depan,” ujarnya.

Pemain kelahiran Australia itu pada mulanya bersetuju untuk ke Thailand tetapi mengubah fikiran selepas mendapat pandangan positif daripada beberapa rakan senegara yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

“Pengalaman menyeronokkan diceritakan rakan seperti Brendan Gan (Perak) dan Matthew Davies (Pahang) sepanjang mereka beraksi di sini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan saya.

“Malah Dino Djulbic yang mewakili FELDA musim lalu turut menceritakan perkara yang sama serta menggalakkan saya menyertai kelab itu.

“Saya akan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk membantu Felda United meraih kemenangan dalam semua perlawanan sama ada di laman sendiri mahupun di tempat lawan,” jelasnya.

Ramsay telah bermain dengan kelab Ceres Negros FC dalam saingan Liga Bolasepak Filipina (PFL) musim ini dan berjaya membawa Ceres mara ke separuh akhir AFC Cup 2017.

Pemain yang berusia 29 tahun itu turut beraksi ketika Ceres menentang JDT dalam saingan separuh akhir dan perlawanan akhir AFC Cup 2017 peringkat Asean menentang Home United.

Ramsay memulakan karier bolasepaknya ketika berusia 17 tahun dimana beliau berhijrah ke Scotland iaitu negara kelahiran bapanya untuk menyertai kelab Gretna.

Kemudian beliau kembali ke Australia dan memulakan karier professionalnya beraksi dengan kelab A-League, Sydney FC sebelum menyertai Adelaide United pada tahun 2010 dan Melbourne City pada tahun 2013.

Pemain yang beraksi di posisi sayap kiri ini layak beraksi untuk skuad kebangsaan Filipina berdasarkan taraf warganegara ibunya. Beliau memperolehi cap yang pertama skuad kebangsaan Filipina pada tahun 2015 sebelum berhijrah menyertai kelab Liga Iran, Tractor Sazi pada tahun yang sama.

Dia yang beraksi di sayap kanan berkata, Felda United mampu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini jika semua pemain beraksi dengan baik dan mengikut segala taktikal yang ditetapkan oleh jurulatih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN