Bakhtiyar Duishobekov Tidak Berminat Sambung Kontrak Dengan Kelantan

Hasrat Kelantan untuk mengekalkan khidmat pemain pertahanan dari Kyrgyzstan, Bakhtiyar Duishobekov tidak menjadi kenyataan selepas pemain yang berusia 22 tahun itu sah akan meninggalkan pasukan The Red Warriors itu selepas kontraknya berakhir bulan ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkara itu dalam laporan Berita Harian walaupun ditawarkan kontrak baharu.

“Faktor kejatuhan Kelantan ke Liga Perdana dan kedudukan tercorot dalam Liga Super menyebabkan ada pemain berminat untuk berpindah ke pasukan lain walaupun ditawar kontrak baharu.

“Kami sudah mengadakan rundingan dengan Bakhtiyar mengenai kontraknya bersama pasukan namun menemui jalan buntu selepas dia menyatakan hasrat berpindah ke pasukan lain.

“Bakhtiyar mohon dilepaskan kerana mendapat tawaran kelab luar negara dan tidak menyatakan hasrat mewakili mana-mana pasukan atau kelab di negara ini.

“KAFA mendoakan dia berjaya dengan pasukan baharu dan terima kasih kerana membantu menambah kekuatan jentera tengah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini,” jelasnya.

Bakhtiyar menjalani sesi latihan dengan skuad kebangsaan Kyrgyzstan di Melaka menjelang aksi persahabatan dengan Malaysia selasa ini. FOTO: KFA

Duishobekov, yang juga pemain skuad kebangsaan Kyrgyzstan, mengikat kontrak selama enam bulan dengan Kelantan bagi menggantikan Margaro Gomis yang mengalami kecederaan.

Beliau dijangka akan beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Harimau Malaya esok di Stadium Hang Jebat. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini dalam persiapan untuk menghadapi saingan Piala AFF bulan depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN