Bakayoko Akui Gembira Di AC Milan, Gattuso Jadi Faktor Utama

Nampaknya seperti tiada orang mahu pulang semula ke Chelsea!

Pemain Chelsea yang kini beraksi di AC Milan secara pinjaman iaitu Tiémoué Bakayoko mengakui beliau gembira berada di kelab Itali tersebut.

Beliau yang sebelum ini bermain dengan tidak begitu baik kini sudah semakin meningkat permainannya.

Malah, beliau kini sudah menjadi muka tetap dalam kesebelasan utama skuad kendalian Genaro Gattuso itu.

Menurut laman RossoneriBlog, Bakayoko mengatakan faktor hubungan bersama-sama Gattuso yang cukup baik menjadikan sebab utama kepada beliau cukup gembira berada di San Siro.

Kata Bakayoko, tindakan Gattuso yang tidak berpuas hati dengan aksi beliau sebagai pemain tengah telah membuatkan pemain itu tercabar.

Ianya terus mendorong kepada usaha untuk memperbaik prestasi beliau sebagai seorang pemain.

“Semasa saya melakukan penampilan pertama menentang Napoli. Genaro Gattuso seolah tidak gemar dan beliau menafikan tempat saya di posisi tengah.”

“Selepas kami bercakap bersama, saya tidak berpuas hati dan rasa tercabar. Mana tidaknya, itukan posisi saya.”

Bakayoko menegaskan yang beliau hanya fokus berlatih dalam memastikan prestasinya kembali ke tahap terbaik.

Malah, beliau juga mengaku dalam kariernya turut mempunyai naik turunya dan dirinya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Dalam karier saya ini, tak semuanya berjalan dengan baik. Ada masanya, permulaan karier di kelab baharu amat sukar. Ianya terjadi di AS Monaco dan Chelsea dan saya tak terkejut di sini pun berlaku lagi.”

“Saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN