Bakal Tandatangani Bekas Pemain Kebangsaan Australia, Adakah Petratos Akan Sertai Kelantan Semula?

Ketika ini pelbagai persoalan telah timbul dalam kalangan penyokong bola sepak Kelantan mengenai status penyerang baharu yang akan tiba dari Australia tidak lama lagi.

Saat pemilik kelab iaitu Norizam Tukiman (Zamsaham) mendedahkan setiap nama para pemain import baharu bakal tiba tidak lama lagi, cuma seorang sahaja masih lagi belum diumumkan secara terperinci dari Australia.

Malah, ada sesetengah penyokong mula membuat andaian tersendiri mengenai nama pemain baharu yang beraksi di posisi serangan dari Australia itu menerusi media sosial masing-masing untuk menambahkan kehangatan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

Semalam, Zamsaham telah pun mengumumkan baki beberapa lagi pemain import Kelantan yang akan menyertai pasukan tersebut pada musim ini menerusi Facebook beliau.

Antara yang membuatkan para penyokong tertarik ialah salah satu status beliau yang menyatakan Kelantan turut akan membawa seorang bekas pemain kebangsaan Australia tanpa menerangkan dengan lebih teliti.

“InshaAllah seorang striker bekas Pemain Kebangsaan Australia bakal bermain dengan TRW Kelantan FC musim ini,” jelas Zamsaham di Facebook.

Antara nama popular disebut para penyokong Kelantan ketika ini ialah bekas pemain import mereka dahulu iaitu Dimitri Petratos yang pernah memberi fenomena buat pasukan tersebut.

Petratos bukan lagi satu nama asing buat para penyokong bola sepak The Red Warriors, setelah kehadiran beliau pada tahun penghujung musim 2012 sehingga 2013 berjaya membawa impak positif.

Sepanjang bersama Kelantan, Petratos telah pun membantu pasukan tersebut dengan sangat baik di posisi serangan terutama ketika aksi Piala AFC 2013.

Kelibat beliau yang bijak mengawal bola serta mampu meledak gol daripada pelbagai sudut menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain kesayangan Kelantan sehingga pernah disamakan seperti bekas pemain kebangsaan Sepanyol, David Villa.

Petratos juga merupakan salah seorang pemain yang beraksi di saingan Piala Dunia 2018 untuk bersama-sama Australia ke Russia ketika itu.

Kini, beliau masih lagi mempunyai baki kontrak bersama kelab diwakilinya iaitu ATK Mohun Bagan di India dan sesuatu agak sukar untuk beliau tiba di Kelantan.

Selain Petratos, beberapa nama lagi turut dikaitkan oleh para penyokong termasuklah bekas penyerang Negeri Sembilan iaitu Andrew Nabbout.

Apapun, sehingga kini ianya masih lagi kekal misteri dan debaran pastinya dirasai para penyokong untuk mengetahui status sebenar penyerang import dari Australia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN