Bekas pemain JDT kelahiran Singapura, Baihakki Khaizan menolak tawaran kontrak empat bulan bersama pasukan divisyen dua Arab Saudi, Jeddah Club untuk menyertai pendatang baharu Liga Super 2018, Kuala Lumpur.
Pemain yang berusia 33 tahun itu dijangka akan tiba di Kuala Lumpur esok untuk menantangani kontrak dengan pasukan The City Boys itu.
LATEST | Baihakki Khaizan set to sign for Kuala Lumpur FA after rejecting the contract offered from Saudi Arabia Division 2 side Jeddah club.
Bringing the number of Singaporeans playing in Malaysia to 8.
6 in Malaysia Super League, 2 in Malaysia Premier League.#SGfootball pic.twitter.com/NghwT5r3aQ— Singapore Football 🇸🇬 (@SGfootball) January 10, 2018
“Kami sudah hampir memuktamadkan perbincangan dengan Baihakki dan dia dijangka tiba esok untuk menandatangani perjanjian,” kata Setiausaha Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa kepada Berita Harian.
Pengalaman yang dimiliki oleh Baihakki Khaizan menjadi taruhan pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel untuk menguatkan benteng pertahanan skuad warga kota itu.
“Saya mengenalinya, dia pernah bermain dengan JDT dan dia juga banyak pengalaman dalam bola sepak antarabangsa,” kata Maciel yang mengemudi kejayaan Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana musim lalu
Baihakki merupakan pemain keenam dari Singapore yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2018 selain Harris Harun (JDT), Safuwan Baharuddin (Pahang), Faris Ramli (PKNS FC), Madhu Mohana (N.Sembilan) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).
Minggu lepas, pertahanan berpengalaman Singapura itu dilaporkan oleh The Straits Times dalam proses perbincangan bersama kelab yang berpengkalan di Arab Saudi, Jeddah Club.
Baihakki telah menghadiri sesi pemilihan bersama kelab tersebut selepas ejennya, Ashikin Hashim dan rakan ejen di Arab Saudi, menetapkan sesi tersebut ketika Baihakki sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarganya.
Jeddah Club bersaing di divisyen 2, Liga Arab Saudi, dan ketika ini berada di kedudukan ke-14 daripada 16 pasukan. Kelab tersebut dikhabarkan telah menawarkan kontrak 4 bulan kepadanya.
Ejen di Arab Saudi, Faisal Bineissa, yang menguruskan urusan perbincangan kontrak Baihakki dengan Jeddah Club memaklumkan bahawa kelab tersebut sangat tertarik dengan aksi yang dipamerkan Baihakki.
Lebih separuh daripada karier Baihakki dihabiskan di luar Singapura apabila pernah beraksi bersama Persija Jakarta, Persib Bandung, Medan Chiefs dan juga terakhir bersama JDT.