Bahrain Mahu Rahsiakan Kekuatan Sebenar, Tukar Hotel Demi Elak Taktikal Diketahui Malaysia

Suasana perlawanan kedua membabitkan skuad kebangsaan menentang Bahrain pada malam esok semakin dirasai untuk aksi kelayakan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kim Pan-gon kini pastinya sudah mempersiapkan skuadnya untuk menghadapi cabaran lawan sambil beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai bayangan kesebelasan utama untuk menentang Bahrain.

Malah, Bahrain juga dilihat sedang membuat persiapan rapi apabila dikhabarkan mereka bakal beraksi dengan kekuatan penuh bagi menghadapi skuad kebangsaan dalam misi memburu kemenangan kedua.

Menurut wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam di Twitter, beliau menyatakan aksi yang dipamerkan oleh Bahrain sewaktu menentang Bangladesh tidak boleh dijadikan sebagai ukuran.

Malah kekuatan penuh pasukan tersebut masih menjadi misteri sehingga Bahrain turut mengubah lokasi baharu penempatan mereka kerana mahu lebih privasi dan penelitian lanjut daripada sebarang gangguan luar.

“Kekuatan sebenar Bahrain tidak boleh diukur berdasarkan keputusan menentang Bangladesh. Pasukan di ranking 89 dunia itu dikatakan menyimpan kekuatan sebenar, malah serius dan amat detail hingga difahamkan telah tukar hotel yang lebih ‘privacy’.”

Jika dilihat pada perlawanan pertama buat kedua pasukan tersebut, masing-masing berjaya mencatat kemenangan dengan gaya tersendiri dan berada dalam momentum terbaik untuk aksi malam ini.

Bahrain tampil menyakinkan selaku pasukan pilihan dengan mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Bangladesh biarpun lawan tampil dengan taktikal bertahan untuk mengelak dari teruk dibolosi.

Malaysia pula hadir dengan semangat baharu pada aksi baru-baru ini setelah mendapat sentuhan positif daripada Kim Pan-gon untuk mengejutkan Turkmenistan dengan keputusan 3-1.

Menyedari hakikat kebangkitan baharu skuad kebangsaan, nyata Bahrain tampak serius mahu menewaskan Malaysia apabila pengendali mereka iaitu Helio Sousa sendiri mengakui skuad negara tampak hebat berdasarkan perlawanan lalu pada sidang media semalam.

Malah pengendali dari Portugal itu juga enggan percaya akan perang psikologi yang dimainkan oleh pihak lawan apabila Pan-gon ada menyatakan misi mereka cukup sekadar dapat keputusan seri.

Dalam masa sama, Sousa turut mengakui kelebihan perlawanan malam ini lebih berpihak kepada pasukan negara apabila bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong setia Harimau Malaya.

Walau apa taktikal sekali pun yang sedang dirancang, semoga aksi malam ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sambil mengharapkan kejayaan dapat dicipta skuad kebangsaan dalam misi melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN