‘Bagus Direhatkan’- Aksi Teruk Liridon Krasniqi Dikecam Hebat Penyokong Terengganu

Pemain naturalisasi negara iaitu Liridon Krasniqi tampil menjadi tumpuan ketika ini, khususnya dalam kalangan penyokong Terengganu sejak beberapa perlawanan lalu.

Liridon yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini kepada Terengganu tampil dengan aksi yang tidak konsisten, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

Setakat ini, pemain tengah bertubuh tegap itu telah pun beraksi dalam sembilan perlawanan bersama Terengganu dalam aksi Liga Super serta hanya merekodkan satu gol sahaja buat pasukan tersebut.

Selain tidak banyak sumbangan di hadapan gol, kelibat Liridon juga dianggap memperlahankan rentak permainan serta sering kehilangan bola di kaki lawan untuk sekali gus menyukarkan rakan sepasukan lain di atas padang.

Ianya begitu kontra sekali jika dibandingkan aksi Liridon beberapa tahun lalu ketika mewakili Kedah Darul Aman (Kedah) selepas pemain tersebut tampil begitu berkualiti sekali selaku salah seorang import.

Menerusi tinjauan Semuanya BOLA di media sosial khususnya Facebook rasmi Terengganu, rata-rata penyokong Sang Penyu diamuk kemarahan tentang prestasi dipamerkan Liridon.

Terbaharu, kualiti Liridon sekali lagi dipertikaikan penyokong negeri tersebut terutama sekali ketika Terengganu mencatat kekalahan seterusnya kepada Sri Pahang dalam aksi Liga Super dengan keputusan penuh 1-2.

“Buang la Liridon tu. Bubuh CEO duk tengoh sekali bahagian buat game,” sindir Arip Afham tentang prestasi Liridon.

“Pemain paling bernilai di mata jurulatih,CEO,” perli pemilik akaun Facebook Syed Amar.

“Bagus direhatkan. Bagi peluang anak muda Terengganu beraksi sebab tahap permainan hampir sama,” cadang Zainalz Zakaria.

“Buanglah dia ni. Takkan tak nampak lagi permainan dia,” ujar Muhammad Fedlan pula.

Rata-rata komen lain jelas sangat marah kepada Liridon mengenai prestasi beliau bersama Terengganu sehingga membawa kepada makian yang tak perlu dilampirkan di sini.

Tampil selaku pemain naturalisasi, Liridon perlu meningkatkan lagi corak permainan beliau jika masih ingin untuk beraksi di saingan tertinggi Malaysia atau mengintai peluang ke skuad kebangsaan.

Atau, pengendali Terengganu sendiri iaitu Tomislav Steinbruckner perlu memikirkan solusi baharu untuk menggunakan segala kelebihan dimiliki Liridon dalam percaturan taktikal permainan pada aksi seterusnya.

Selain Liridon, kualiti pemain lain seperti Ivan Mamut serta Hakimi antara yang turut dipertikaikan kualiti mereka dalam kalangan penyokong yang tidak berpuas hati menerusi keputusan lalu.

Terengganu musim ini tampil dengan serba tidak konsisten, selepas mereka mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super dan kini Sang Penyu menghuni di tangga kelapan bersama 13 mata telah dikumpul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN