Bagi Peluang Kepada Pemain Lain Lawan Hong Kong Malam Ini

Malaysia

Jika melihat pemain yang dipangil menyertai skuad kebangsaan, boleh dikatakan hampir setiap posisi  mempunyai kekuatan hampir sama dan disebabkan itu, wajarkah perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ismail malam ini menurunkan muka berbeza?

Bukan ingin menidakkan kekuatan lawan tetapi kita yakin dengan pemain yang ada ini mampu memberi aksi terbaik bila diturunkan malahan ia juga peluang terbaik untuk ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon melihat mana-mana nama yang benar-benar layak berada di dalam skuad utama negara atau lebih baik berada di kelab sahaja.

Baru-baru ini kita menang perlawanan pertama ke atas Turkmenistan dan ia memberi keyakinan tambahan kepada skuad Kim untuk perlawanan seterusnya bertemu Hong Kong.

Sebagai jurulatih, sudah pasti beliau sudah ada perancangan tersendiri berkenaan pemain namun jika kita sekadar panggil pemain baharu tetapi tidak memberi peluang kepada mereka juga ia adalah satu kerugian.

Bagi pemain, ini adalah masa terbaik untuk mereka menunjukkan bakat yang ada sekali gus memikat hati jurulatih dari Korea Selatan ini.

Andai kata pemain yang diberi peluang tidak mencapai kriteria yang dikendaki, maka untuk masa akan datang, beri peluang kepada muka yang lain pula.

Setakat ini, kita mempunyai ramai pemain terbaik termasuk sebahagian pemain yang membawa nama Malaysia di kejohanan Piala AFF 2022 yang lalu.

Oleh yang demikian, Kim seharusnya berani meletakkan pemain baharu atau sekurang-kurangnya ada rombakan kecil di beberapa bahagian agar pihak pengurusan boleh melihat beberapa alternatif andai kata pemain utama alami kecederaan.

Jika asyik menggunakan muka yang sama sahaja, bagaimana ingin melihat pemain baharu yang dipanggil.

Selain itu, lawan Malaysia malam ini boleh dikatakan sama sahaja dari segi tahap kemampuan atau kekuatan kita ketika ini jauh lebih baik dari mereka.

Malaysia akan bertemu Hong Kong malam ini dengan sepak mula pada jam 10 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN