Bagaimana Manchester United Sudah Melupakan Sir Alex Ferguson

Manchester United dijangka akan melengkapkan perpindahan penyerang 19 tahun, Anthony Martial, dalam masa terdekat. Dikhabarkan perpindahan ini memakan belanja £36 juta.

Tak dinafikan Martial merupakan prospek penyerang yang bagus. Pada umur 19 tahun, beliau sudah dipanggil oleh Didier Deschamps untuk menyertai skuad senior Perancis. Alexandre Lacazette pun tidak dipanggil.

Tetapi £36 juta untuk pemain muda yang belum teruji adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Ramai peminat United dan wartawan bola sepak beranggapan sebegitu.

Musim lepas, Martial menjaringkan 9 gol dalam 35 perlawanan liga untuk AS Monaco. Secara keseluruhan, beliau telah membuat 52 penampilan di Ligue 1 dan menjaringkan 11 gol.

Walaupun potensi Martial besar, anda harus mengaku jumlah £36 juta untuk servis beliau agak melampau. Atau gila, jika kami memetik kata-kata Sir Alex Ferguson.

3 tahun lepas, ketika Sir Alex Ferguson masih mengurus United, beliau berminat untuk membeli Lucas Moura. Bagaimanapun beliau gagal kerana PSG berjaya membayar £33 juta untuk mendapatkan Moura.

Bercakap pada 2012, Sir Alex Ferguson melahirkan rasa peliknya kepada apa yang berlaku dalam jendela perpindahan pemain:

“Saya rasa pelik sangat bila ada kelab yang sanggup membayar £33 juta untuk budak yang baru berumur 19 tahun.”

“Bulan lepas (musim panas 2012) sahaja mereka sudah membelanjakan £110 juta (untuk Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic).”

“UEFA perlu berbuat sesuatu. Bila ada kelab yang sanggup membayar £33 juta untuk budak 19 tahun, itu tandanya bola sepak dah jadi gila.”

Ironiknya bagi United kali ini, mereka sanggup membayar harga yang lebih mahal untuk membawa pemain yang sama umurnya dengan Moura pada 2012.

Baca juga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN