Bagaimana Kekayaan Sadio Mane Mentransformasikan Kampung Beliau Di Senegal

Sadio Mane

Sadio Mane seperti yang kita semua tahu merupakan seorang bintang bola sepak yang cukup cemerlang di Eropah.

Beliau yang kini semakin hampir menyertai Bayern Munich dari Liverpool telah memenangi segalanya bersama-sama The Reds di England.

Namakan saja, Premier League, UEFA Champions League, FA Cup, Carabao Cup, UEFA Super Cup, FIFA Club World Cup – semuanya sudah dimenangi Mane.

Tetapi dalam banyak-banyak trofi yang dimenangi Mane, ada satu kejuaraan yang cukup bermakna buat pemain Senegal itu.

Kejuaraan itu adalah kejayaan Mane memberikan semula kepada kampungnya di Bambali, Senegal.

Dari kampung menjadi pekan

Lahir di sebuah perkampungan di Bambali, Mane datang dari sebuah keluarga yang tidak berkemampuan.

Walaupun begitu, cita-cita beliau untuk menjadi pemain bola sepak tidak terhalang apabila Mane memilih untuk ke Eropah.

Percaturan untuk ke Eropah nyata membuahkan hasil buat pemain itu, kini Mane menjadi pemain yang disenangi seluruh dunia dengan kekayaan melimpah ruah kepadanya.

Walaupun kini Mane seorang yang kaya-raya, tetapi beliau tidak melupakan asal usulnya.

Dengan kekayaan yang dimiliki oleh Mane, beliau telah memberikan semula kepada komunitinya dengan membina pelbagai kemudahan asas di Bambali.

Sebagai contoh, Mane telah membelanjakan sejumlah wang untuk membina hospital dengan kos pembinaan mencecah £455 ribu.

Selain itu, Mane turut bertanggungjawab membina sekolah untuk memastikan taraf pendidikan di kawasanya meningkat.

Tidak kurang dengan itu, Mane turut memberikan wang poket kepada setiap keluarga di kampungnya dengan menghadiahkan €70 setiap bulan kepada setiap ahli keluarga.

Untuk memastikan kawasannya terus hidup, Mane turut bertanggungjawab membina pejabat pos dan juga stesen minyak yang sekali gus memberikan peluang pekerjaan buat penduduk kampungnya.

Dan bantuan paling hebat dilakukan beliau adalah Mane sendiri telah menyediakan rangkaian 4G untuk membolehkan 2 ribu penduduk kampungnya dapat berhubung dengan seluruh dunia.

Bukan Mane yang patut buat

Apa yang dilakukan oleh Mane ini sememangnya terpuji, namun begitu ianya mencerminkan betapa lemahnya pengurusan sesebuah negara.

Segala yang dilakukan oleh beliau adalah perkara asas yang perlu dilakukan oleh kerajaan Senegal. Sebaliknya, beliau memilih untuk membinanya sendiri untuk rakyatnya.

Tindakan Mane sangat terpuji kerana beliau memberikan semula kepada komunitinya selepas kejayaan yang dimilikinya di Eropah. Semoga ianya akan terus menjadi ikutan ramai pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN