Quantcast

BERITA KAJIAN & FAKTA

Bagaimana Jepun Mempamerkan Budaya Mereka Di Brazil Sehingga Mendapat Perhatian Dunia

video.yahoosports.com@1dad4ef4-1b7c-3bb4-9452-28afec669596_FULL

Kredit: Yahoo Sports

Salah satu budaya Jepun yang perlu dicontohi adalah tebalnya rasa empati mereka. Maknanya, sebelum mereka berbuat sesuatu yang tidak elok kepada seseorang, mereka letak diri mereka di tempat orang tersebut.

Pekerja di Jepun adalah pekerja yang paling kurang mengambil cuti sakit. Dalam dokumentari No Sex Please, We’re Japanese terbitan BBC, jururawat Filipina yang bekerja di Jepun mendedahkan walaupun orang Jepun betul-betul sakit, mereka tetap datang kerja – kerana takut menyusahkan rakan kerja yang lain.

Semasa bencana tsunami Tohoku pada 2011, rakyat Jepun beratur untuk menerima bantuan kperluan asas. Tidak berebut-rebut seperti yang kita biasa lihat di TV.

Kini, pada perlawanan World Cup antara Jepun dan Ivory Coast yang lepas mereka siap bergotong-royong lagi membersihkan stadium. Perlu diingat, Jepun baru sahaja kalah pada perlawanan itu dan itu bukan stadium mereka!

Sesuatu yang perlu kita renung dan contohi.

10303870_803217879723358_3566371426063227734_n