Bagaimana Cermin Mata Ini Boleh Memberikan Masalah Kepada Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo pemain yang jarang menggunakan cermin mata dalam majlis rasmi beliau. Namun dalam satu majlis pengumuman kontrak baru beliau bersama-sama dengan Real Madrid, beliau telah berbuat demikian.

Ronaldo dilaporkan mendapat bayaran £365,000 seminggu untuk kontrak sehingga 2021. Pihak Adidas yang merupakan penaja dan juga rakan utama Real Madrid dikatakan tidak selesa dengan penampilan Cristiano Ronaldo.

Adakah Adidas kecewa Real Madrid memberikan kontrak terlalu mahal untuk pemain yang rabun? Di media sosial, peminat bola sepak mulai membuat spekulasi Ronaldo mulai berhadapan dengan masalah penglihatan.

r1

r2

Tidak! Adidas tidak akan campur tangan isu seperti itu.

Nike vs. Adidas

Ia lebih kepada konflik dalam hak imej. Cermin mata yang digunakan oleh Ronaldo adalah cermin mata khas jenama Nike.

Pihak Nike dilapor mengarahkan semua atlit ataupun selebriti besar dengan kontrak premium yang bernaung di bawah jenama mereka untuk memakai cermin mata tersebut dalam majlis-majlis besar.

Ketika majlis pengumuman tersebut, Ronaldo dikatakan dalam proses untuk menandatangani kontrak $1 billion dengan Nike.

MADRID, SPAIN - OCTOBER 18: Cristiano Ronaldo of Real Madrid reacts during the UEFA Champions League Group F match between Real Madrid CF and Legia Warszawa on October 18, 2016 in Madrid, Spain. (Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)
MADRID, SPAIN – OCTOBER 18: Cristiano Ronaldo of Real Madrid reacts during the UEFA Champions League Group F match between Real Madrid CF and Legia Warszawa on October 18, 2016 in Madrid, Spain. (Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Adidas telah melarang mana-mana pemain Real Madrid menggunakan jenama lain dalam majlis kelab gergasi Sepanyol tersebut. Ia juga turut termaktub kepada mana-mana kelab lain tajaan mereka.

Apatah lagi ini melibatkan jenama seteru utama iaitu Nike.

Kes yang sama pernah melibatkan Mario Gotze ketika majlis pengenalan pemain ketika beliau menyertai Bayern Munich yang juga kelab premium Adidas. Gotze memakai baju Nike dalam majlis tersebut.

gotze3

Pada satu lagi majlis Gotze menggunakan kasut Nike. Pihak Bayern Munich telah meminta maaf kepada Adidas. Mario Gotze diberikan amaran dan didenda €10,000 atas kesalah tersebut.

gotze1

Namun, adakah Adidas akan meminta Real Madrid dan Ronaldo untuk meminta maaf? Dan adakah Real Madrid akan mendenda Cristiano? Ini kerana Ronaldo adalah kuasa komersial yang kuat dan berpengaruh.

Tapi jika Ronaldo didenda €10,000 seperti Gotze rasanya ia bukan masalah yang besar untuk beliau.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN