Bagaimana Azrin Afiq Mampu Selesaikan Masalah Konsistensi Pertahanan Kiri Kedah?

Seperti diketahui ramai, Nafuzi Zain merupakan salah seorang jurulatih yang gemar mengangkat barisan pemain muda serta kurang ternama untuk berada pada satu tahap yang berkualiti.

Lihat sahaja hasilnya ketika ini untuk disumbangkan buat skuad kebangsaan seperti Rahadiazli Rahalim dan Azam Azmi Murad yang dilihat mempunyai potensi tersendiri dengan usia masih muda.

Untuk musim 2023, Nafuzi telah pun sah menandatangani kontrak selaku pengendali baharu bersama Kedah Darul Aman (KDA), dan akan memberi suatu lagi cabaran baharu.

Salah satu cabaran beliau dalam usaha memperkasakan kembali KDA ialah di posisi pertahanan kiri yang dianggap tidak konsisten sejak beberapa tahun ini.

Sejak beberapa musim ini, posisi tersebut sering bersilih ganti dalam kalangan pemain selain tidak begitu konsisten berbanding kawasan lain.

Nafas baharu KDA menerusi Azrin Afiq di posisi pertahanan kiri

Menurut penulis bebas bola sepak Kedah iaitu Don K-Rul Izham, kemasukan pemain baharu iaitu Azrin Afiq sedikit sebanyak telah menarik minat beliau untuk cuba melihat perkembangan akan datang di posisi pertahanan kiri.

Ini kerana, Azrin yang dipinjamkan dari Selangor itu merupakan pemain yang dominan di posisi berkenaan dan sudah pun mencipta nama di pentas antarabangsa bersama skuad bawah 23 (B-23) negara.

“Cuma disini aku tertarik sikit dengan Azrin Afiq ni. Pemain berusia 20 tahun, mewakili Selangor dan merupakan pemain skuad kebangsaan B-23.

“Azrin dijangka membarisi skuad utama Kedah dan posisi dia adalah bek kiri. Posisi ini boleh dikatakan paling sukar dalam pasukan Kedah selepas kali terakhir pemain yang perform adalah Azmeer Yusuf,” jelas Don.

Untuk rekod, Don turut menyatakan posisi pertahanan kiri KDA mula goyah sejak musim 2020 dan kekal bermasalah sehingga musim ini dengan pelbagai pemain telah beraksi di situ.

Sejak enam musim terakhir ini, KDA sebenarnya telah pun menggunakan hampir pemain berbeza di posisi pertahanan kiri bersama rekod tersendiri.

Antara yang menyerlah pastinya Azmeer Yusof, Fitri Omar, Shakir Hamzah, Fairuz Zakaria, Ariff Farhan, dan terbaharu Azmeer Aris.

Rekod Azrin musim 2022

Merujuk kepada bintang baharu KDA iaitu Azrin Afiq, penulis bebas tersebut menyifatkan pemain tersebut sebagai seorang yang ‘versatile’ berdasarkan kebolehan dimiliki beliau.

“Pemain ini mempunyai latar belakang pertahanan yang versatile. Bekas graduan AMD dan Selangor ini pernah bermain di posisi bek sisi kanan, bek tengah (right-left side) dalam sistem tiga pertahanan dan posisi bek sisi kiri.”

Berdasarkan rekod, musim ini Azrin yang berusia 20 tahun telah mencipta tiga penampilan bersamaan 147 minit masa permainan.

Satu aksi ketika dalam saingan Liga Super dan baki dua perlawanan dalam Piala Malaysia dengan pemain tersebut mencatat 1 bantuan gol sebagai bek sisi kiri.

Walaupun Azrin merupakan seorang yang bagus dan mempunyai potensi besar, pemain ini mempunyai masalah dibayangi tonggak senior iaitu Fazly Mazlan.

Malah jika beliau terus kekal bersama Selangor, Azrin juga terpaksa bersaing sengit bersama Ruventhiran di posisi tersebut, selepas bekas pemain Petaling Jaya City (PJ City) itu sah diikat The Red Giants.

Adakah Nafuzi bakal memberi keutamaan buat Azrin Afiq?

Kembali kepada isu falsafah permainan yang ingin diterapkan oleh Nafuzi, dan kebergantungan beliau buat Azrin pada musim hadapan.

Dijangka, Azrin tidak mempunyai begitu banyak masalah untuk merebut kesebelasan utama KDA pada musim hadapan, jika pemain tersebut mampu membuktikan sesuatu dalam sesi latihan.

Seperti dikatakan tadi, Nafuzi merupakan seorang jurulatih yang sentiasa mempercayai bakat-bakat muda dan ia telah dibuktikan ketika bersama Terengganu.

Lihat sahaja bagaimana beliau memberi peluang buat pemain muda di posisi pertahanan kiri sebelum ini iaitu Arif Fadzilah, Hairiey Hakim, Alif Zakaria, dan Safwan Mazlan yang telah pun diberi peluang oleh Nafuzi untuk mengemudi posisi berkenaan.

Malah, peluang untuk Azrin beraksi bersama skuad utama juga sangat tinggi selepas KDA kini hanya mempunyai dua sahaja pemain di posisi tersebut iaitu Ariff Farhan Md Isa selain beliau.

Apapun kini, segalanya terserah kepada Nafuzi sendiri untuk membentuk KDA pada musim hadapan dan dijangka akan ada lagi beberapa pemain menyertai skuad sebelum latihan awal pra-musim bermula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN